Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh.pun] | سوڠݢوهڤون

Definisi : meskipun, kendati, walaupun: ~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh.pun] | سوڠݢوهڤون

Definisi : di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguhpun (kata tugas)
Bersinonim dengan meskipun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun.,

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima enam tujuh setengah;
Sungguhpun pandai tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sungguhpun batang merdeka,
     ingat pucuk akan terempas.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sungguhpun Ali hidup dalam kemewahan, tetapi dia tidak pernah sombong terhadap orang lain. penggunaan sungguhpun dan tetapi sesuai ke? atau perlu digugurkan tetapi? ayat yang paling gramatis ialah? penggunaan koma dlm ayat tersebut betul ke?Sungguhpun Ali hidup dalam kemewahan, dia tidak pernah sombong terhadap orang lain. - sungguhpun tidak diikuti dengan tetapi dan penggunaan koma dalam ayat itu melengkapkan ayat.Tatabahasa09.07.2008
1. Sila jelaskan perbezaan antara "Sungguhpun" dan "Mahupun". Apakah konteks ayat untuk menggunakan "Sungguhpun" dan "Mahupun" masing-masing? Sila beri contoh ayat untuk menunjukkan perbezaan. 2. Sila jelaskan perbezaan antara "namun" dan "tetapi". Apakah konteks ayat untuk menggunakan "namun" dan "tetapi" masing-masing? Sila beri contoh ayat untuk menunjukkan perbezaan. 3. Nenek mangajar kakak menyulam tikar mengkuang. Adakah kesalahan untuk ayat di atas? Terima kasih.

1. Sungguhpun, walaupun, mahupun, meskipun dan kendatipun adalah sebahagian daripada kata hubung keterangan yang yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Tidak ada perbezaan dalam penggunaan kata hubung sungguhpun ataupun mahupun begitu juga dengan walaupun dan meskipun.

2. Kata "namun" membawa banyak maksud dan antara maksudnya ialah tetapi. Oleh itu, penggunaan namun dan tetapi boleh bertukar ganti seperti walaupun begitu namun/tetapi ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak muridnya itu menangis. Untuk maklumat lanjut, rujuk Kamus Dewan.

3. Ayat itu gramatis.

Tatabahasa26.08.2011
sungguhpun gaji ali agak lumayan,namun perbelanjaan bulanannya tidak..........kerana dia banyak berhutang. . a.Berkecukupan atau mencukupiSungguhpun gaji ali agak lumayan, namun perbelanjaan bulanannya tidak mencukupi kerana dia banyak berhutang.Tatabahasa19.05.2014
Puan, Apakah perbezaan antara " walaupun", " sungguhpun" dan "walhal". Tolong jelaskan. Terima kasih.Sungguhpun, walaupun, walhal, mahupun, meskipun dan kendatipun adalah sebahagian daripada kata hubung keterangan yang yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Tiada perbezaan dalam penggunaan perkataan tersebut.Tatabahasa20.08.2013
Salam sejahtera tuan, adakah sungguhpun…namun kata hubung berpasangan? Oleh sebab itu, ayat ini betul? Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. Jadi, jika namun dalam ayat ini ditukarkan kepada tetapi, ayat ini tidak betul kerana walaupun…tetapi bukan kata hubung berpasangan. Betulkah penjelasan ini?Perkataan "namun" mempunyai banyak maksud dan salah satunya ialah "tetapi". Oleh itu, penggunaan "namun" dan "tetapi" dalam ayat ini boleh digunakan bersilih ganti.Tatabahasa19.02.2022
Assalamualaikum Penanda wacana yang tepat bagi ayat berikut: Alif seorang pemuda yang cacat.________, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain. A. Justeru B. Oleh sebab itu C. Oleh itu D. Sungguhpun demikianPenggunaan "Sungguhpun demikian" lebih seuai digunakan dalam ayat di atas.Lain-lain15.03.2018
Assalamualaikum. 1. Apakah perbezaan penggunaan kata ' walhal' dan 'meskipun' Terima kasih.Walhal sama makna dengan padahal, meskipun dan sungguhpun: contohnya, Ia masih belum memahami masalah itu,  walhal/padahal/meskipun/sungguhpun sudah berkali-kali diterangkan.Tatabahasa22.06.2011
salam 1Malaysia, saya memohon kepastian untuk ayat yang paling sesuai bagi ayat 1 atau ayat 2 berikut: Ayat 1: Sungguhpun demikian, majoriti respons responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. Ayat 2: Sungguhpun demikian, majoriti respons ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. apakah kedua-dua contoh ayat di atas sesuai atau ada ayat yang lain yang lebih sesuai? mohon bantuan atau cadangan ayat. tqSungguhpun demikian, majoriti responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan kenyataan bahawa tugas guru, iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada berhampiran atau di dalam kawasan sekolah.

Tatabahasa31.03.2015
Salam sejehtera. A Soalan saya masih merujuk tentang "kata hubung berpasangan'. Oleh kerana perkara tersebut tidak terdapat dalam Tatabahasa Dewan, apakah status ayat-ayat berikut? 1. Sungguhpun dia miskin tetapi dia masih menghulurkan derma kepada orang lain. 2. Walaupun dia tidak dapat bersekolah, namun dia masih mengambil kelas tuisyen. B Adakah dua atau lebih 'kata hubung' boleh hadir di dalam satu ayat ? Jika ada, harap dapat tuan berikan contohnya. Terima kasih.Kata hubung berpasangan walaupun ... namun dan sungguhpun ... tetapi tidak gramatis. Kata hubung walaupun (dan sungguhpun) lazimnya diikuti dengan tanda koma seperti walaupun hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur dan sungguhpun tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga.Tatabahasa13.03.2013
Soalan, 1.Apakah yang membezakan penggunaan 'pun' (dirapatkan dan dijarakkan) dalam bentuk tulisan? Contoh: begitupun,kalaupun,sungguhpun belum pun, mereka pun, telah punPerkataan "pun" yang bermaksud hendaklah dijarakkan seperti dia pun (dia juga) dan begitu pun (begitu juga). Pun yang berfungsi sebagai kata penegas hendaklah dirapatkan seperti walaupun dan sungguhpun.Tatabahasa31.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas