Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh.pun] | سوڠݢوهڤون

Definisi : meskipun, kendati, walaupun: ~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh.pun] | سوڠݢوهڤون

Definisi : di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguhpun (kata tugas)
Bersinonim dengan meskipun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun.,

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima enam tujuh setengah;
Sungguhpun pandai tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sungguhpun batang merdeka,
     ingat pucuk akan terempas.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
howeversungguhpun begituPentadbiranTiadaTiada
insulating materialbahan penebatTeknikElektrikBahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Sungguhpun begitu, sifat bahan ini tidak kekal. Apabila dikenakan suhu atau tekanan yang tinggi, bahan ini akan berubah menjadi pengalir.
constitutional conventionsamalan perlembagaanUndang-undangTiadaAmalan yang diterima dan dipatuhi sebagai sebahagian daripada undang-undang perlembagaan sungguhpun bukan undang-undang.
sporesporaPerubatanTiadaJasad yang mempunyai sifat membiak dihasilkan oleh tumbuhan dan mikroorganisma. Berfungsi sebagai peringkat dorman dalam kitaran hidup yang membolehkan organisma itu terus hidup sungguhpun dalam keadaan mudarat.
insulatorpenebatTeknikElektrikBahan berintangan tinggi yang tidak mudah membenarkan arus melaluinya. Bahan ini mempunyai sedikit elektron bebas, dan valensi elektronnya lima dan lebih; penebat terbaik mempunyai lapan valensi. Sungguhpun begitu, ciri-ciri penebat akan berubah mengikut perubahan arus atau suhu. Penebat digunakan, contohnya sebagai pembalut pengalir/kabel agar tidak berlaku litar pintas atau kebocoran arus.
mulamma�mulamma�KesusasteraanTiadaPuisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau pandangan tuan (terhormat), usahakanlah kerja-kerja seorang hamba�. Pengaruh puisi mulamma� ditemui juga dalam sajak Melayu moden. Contohnya dalam petikan sajak Rizi S.S. yang berjudul �Selamat tinggal Alma Materku� (Pilar-pilar Widuri): �Yakin penuh, wa-yarzuqhu, min haythu la-yahtiasib, biarkan daku, berbakti di mana saja�. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab yang dipetik daripada al-Qur�an, Surah al-Talaq, ayat 3: Ertinya: Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya... Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam petikan sajak nasihat oleh Rizi S.S. yang berjudul �Ah ! Apalah� (Pilar-pilar Widuri): Rizi ba duza-i �umr maghrur mabash, Bunyad-I tu nisti ast ma�mur mabash, Har chand duktur u datu� ustadat khwanand, Ay khak ba in ghubar masrur mabash. Bait yang dicondongkan menggunakan bahasa Parsi yang bererti: Rizi! Usah bangga, tempoh usia yang singkat ini, asasmu pada ketidakwujudan berasa makmur, jangan begitu, Orang mungkin menggelarmu, Doktor, Dato� dan Profesor, Duhai bumi! Usahlah gembira dengan debu yang berterbangan.

Kembali ke atas