Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat sakit gigi), Peronema canescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungkai I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Peronema canescenssungkaiHerbaBotani dan BioteknologiPokok sederhana tinggi dalam famili Verbenaceae dan ketinggiannya mencapai 18 meter. Pokok sungkai hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Batangnya perang kekelabuan dan bersisik. Daunnya jenis majmuk pinat dan tersusun setentang. Daun muda berwarna merah keperang-perangan. Jambak bunganya besar dan panjang dan jenis panikel. Bunganya kecil berwarna putih kehijau-hijauan. Buahnya jenis kapsul yang mengandungi empat ruang, dan bijinya kecil dan banyak. Daunnya pahit dan jusnya boleh dibuat ubat demam. Air rebusan daun dibuat mandian untuk mengubati demam panas. Daun yang ditumbuk bersama-sama beras dijadikan bedak sejuk. Daun yang dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat penyakit reumatik. Daun yang dicampurkan dengan sedikit kapur dipupuk pada perut untuk mengubati sakit perut.
cist (grave)batu kepingan (kubur)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKepingan batu granit yang disusun bersandaran antara satu sama lain seperti bentuk keranda. Heine-Geildern berpendapat amalan ini merupakan peninggalan Zaman Megalitik yang berkembang sekitar 1000-1500 M. Tinggalan kubur batu kepingan (kubur) ditemui di sekitar Lembah Bernam (Selangor), Slim River, Sungkai, Tanjung Rambutan, Batang Padang dan Changkat Menteri (Perak) manakala di Indonesia, kubur batu keping yang mempunyai pasak antara satu kepingan dengan kepingan yang lainnya telah ditemui di Gunung Kidul, Jawa Timur. Contoh artifak yang ditemui dalam kubur batu kepingan ialah manik kaca, tembikar dan logam.

Kembali ke atas