Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.ting] | سونتيڠ

Definisi : perhiasan berupa bunga dll yg dicu­cukkan di rambut atau di belakang telinga: di kepalanya terhias ~ emas; ~ hati ki anak kesayangan; ~ malai sj perhiasan rambut yg dipakai di belakang telinga; bersunting, bersuntingkan memakai sun­ting (drpd bunga dll); menyunting 1. memetik bunga (utk dijadi­kan sunting dll): ia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni; 2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak; 3. menyusun filem dll (sebelum ditayangkan); menyuntingkan 1. meletakkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga (sbg perhiasan), memakai sunting (drpd bunga dll): ia ~ bunga mawar di sanggulnya; 2. me­masukkan kata pendahuluan dll (dlm buku dll), mencantumkan; mempersunting 1. memakai bunga dll sbg sunting, menyuntingkan: bunga dipersunting sudahnya akan layu; 2. mengambil gadis utk dijadikan isteri, memperisteri: timbullah keinginan dlm dadanya utk ~ gadis itu; 3. ark mendapat sesuatu yg berguna; suntingan 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll); penyuntingan perbuatan menyunting (buku, makalah, dll); penyunting orang yg menyunting (karang­an, filem, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.ting] | سونتيڠ

Definisi : hiasan (bunga dll) yg di­cucukkan di rambut atau di belakang telinga. ~ malai hiasan rambut yg dipakai di belakang telinga. ber­sun­ting memakai sunting. me­nyun­ting memetik bunga (utk dijadikan sunting dll): Mereka bermain-main di taman sambil ~ bunga mawar. menyun­ting­­kan melekatkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga sbg hiasan: Gadis itu ~ sekuntum bunga mawar pd sanggulnya. mempersunting 1 mengambil dan menjadikan sesuatu sbg sunting. 2 ki mengambil gadis utk dijadikan isteri; memperisteri: Banyak pemuda yg ingin ~nya. suntingan apa-apa yg dijadikan sunting. penyuntingan perbuatan (hal dsb) menyunting atau menyuntingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sun.ting] | سونتيڠ

Definisi : ; menyunting 1 memper­baik serta mengemaskan sesuatu ka­rang­an dll utk disiarkan atau utk diterbitkan. 2 mengemaskan sesuatu filem supaya tersusun rapi. sun­ting­­­an hasil drpd menyunting. penyun­ting­an perbuatan atau hal menyunting.penyunting orang yg kerjanya me­nyunting (karangan atau filem): Ayah saya bekerja sbg ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunting
Kata Terbitan : menyunting, mempersunting, penyunting,

Puisi
 

Masa emak mudik ke hulu,
     Buat sunting bunga kenerak;
Masa emak buat baju,
     Bubuh sikit bawah ketiak.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
HURAIKAN SECARA TERPERINCI APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?Penyuntingan ialah proses menyemak semula manuskrip yang telah siap ditulis. Semakan dibuat dari segi fakta, bahasa, persembahan, dan reka letak/ reka bentuk. Tujuannya supaya manuskrip itu lengkap, betul/tepat, dan mudah difahami oleh pembaca apabila telah dicetak menjadi buku. Penyuntingan ada dua jenis, iaitu substantif ( sunting isi/fakta) dan kopi (sunting bahasa dan teknikal).Makna25.09.2006
1. Ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan perkataan `HIJRAH'. Mabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah Apakah untuk sebutan tahun digunakan Hijrah atau `HIJRIAH' seperti tahun 1437 Hijrah atau 1437 Hijriah. 2. Ejaan `Mekah' atau `Makkah'. Ejaan mana yang sesuai untuk ditulis dalam buku sejarah agama Islam yang sedang saya sunting?Selamat Tengah Hari
1. Ejaan yang betul Hijrah (Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah).
2. Menurut data kami, kedua-dua bentuk ejaan Mekah atau Makkah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam buku pendidikan Islam DBP, ejaan Makkah digunakan.

Sekian, terima kasih.
Istilah10.06.2016
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014
sebelum meletakkan petikan langsung, tanda baca yang manakah lebih tepat; titik bertindih (:) atau koma bertindih (;)? contohnya; Triandis menjelaskan, dalam budaya kolektif berlakunya beberapa tingkah laku berikut: atau ; “Kolektivisme bermaksud penekanan yang lebih besar kepada (a) pandangan, keperluan, dan matlamat dalam kumpulan berbanding dari diri .

Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda baca yang lebih tepat bagi contoh ayat yang diberikan ialah tanda titik bertindih (:). Salah satu fungsi tanda titik bertindih adalah untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Contohnya seperti yang berikut:
i. Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas.
ii. Ketika saya bercuti, saudara hendaklah melaksanakan kerja yang berikut:
Sunting manuskrip saya hingga siap.
Uruskan semua ilustrasinya.

Lain-lain06.01.2022

Kembali ke atas