Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.nyi] | سوڽي

Definisi : 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan); bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai, mengasingkan diri, me­nyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama­lama di situ; menyunyi ark menjadi sunyi (senyap, sepi); kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, ke­lengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun­-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.nyi] | سوڽي

Definisi : 1 tidak kedengaran sebarang bunyi; senyap: ~ rumah ini, ke mana perginya anak-anak kamu?. ~ senyap sunyi sekali. 2 tidak ada orang; tidak banyak orang; lengang; kosong (bkn rumah): Dahulu, bandar itu sangat maju dan banyak orangnya, tetapi sekarang menjadi mundur dan ~. 3 lepas atau bebas drpd sebarang kejahatan dll: Manusia tiada ~ drpd membuat kesalahan. bersunyi, bersunyi-sunyi pergi menjauhkan diri dr orang ramai; mengasingkan diri: Pd hari-hari kelepasan am, saya lebih suka ~ di rumah drpd menghadiri sebarang majlis keramaian. kesunyian 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. 2 berasa sunyi kerana tinggal seorang diri: Apabila ~, saya pergi menonton wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunyi (adjektif)
1. Bersinonim dengan senyap: hening

2. Bersinonim dengan tidak berorang
( kosong, lengang, sepi, )
Berantonim dengan bising

3. Bersinonim dengan bebas: jauh, lepas,

Kata Terbitan : bersunyi, bersunyi-sunyi, kesunyian,

Puisi
 

Ayam kecil terlalak-lalak,
     Ayam biring kuning kakinya;
Abang pergi tergelak-gelak,
     Adik tinggal sunyi hatinya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
silencen 1. state, quality of being silent, a. (of person) diam, senyap: a sudden ~ fell on us, kami tiba-tiba senyap; b. (of surroundings, environment) keadaan /sunyi, sepi, sunyi-sepi, sunyi-senyap/, kesunyian, kesepian: not a sound broke the ~, tdk ada sedikit bunyi pun yg memecahkan kesunyian itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lonesomeadj (US) 1. (colloq), (of person) lonely and unhappy due to lack of companionship, (rasa) /sunyi, sepi/: I’m feeling ~ tonight, saya rasa sunyi malam ini; 2. isolated or deserted, terpencil: a ~ house on the moors, sebuah rumah yg terpencil di moor itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desertedadj 1. abandoned, ditinggalkan: a ~ hut, pondok yg ditinggalkan; 2. empty, sunyi, kosong, lengang: the city is ~ during the festive season, bandar raya itu sunyi pd musim perayaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
still 1 2. windless, tdk berangin: in the hot ~ air, dlm udara panas dan tdk berangin; 3. quiet, sunyi: everything was so ~ that you could hear a pin drop,, segala-galanya sunyi sepi hingga jarum jatuh pun dapat didengar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lonely3. isolated, without people, terpencil, sunyi sepi: a ~ mountain village, sebuah kampung yg terpencil di pergunungan; 4. (of sound) haunting, mournful, mendayu-dayu: she could hear the ~ lament of the wind outside, dia dapat mendengar bunyi angin yg mendayu-dayu di luar; 5. without companion, solitary, a. (of person) sendirian: a ~ traveller, pengembara yg sendirian; b. (of animal) seekor: a ~ gull perched on the mast, seekor burung camar bertenggek di atas tiang layar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
silent4. not spoken or expressed, memendam perasaan: he sat alone in ~ grief, dia duduk bersendirian memendam perasaannya yg sedih; 5. free from noise, senyap, sepi, sunyi: the city streets that are never ~, jalan-jalan di bandar raya yg tdk pernah sunyi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
restfuladj 1. peaceful, tenang: a quiet ~ place, tempat yg sunyi dan tenang; a ~ holiday at home, percutian tenang di rumah; 2. producing a feeling of peace and tranquillity, menenangkan: colours that are ~ to the eye, warna-warna yg menenangkan mata; after a few days in the city, they sought more ~ surroundings, selepas beberapa hari di bandar raya, mereka mencari persekitaran yg lebih menenangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moorlandn kawasan mur: we drove mile after mile through lonely ~, kami berkereta berbatu-batu merentasi kawasan mur yg sunyi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
timeat ~s, ada /masanya, kalanya/, kadang-kadang, kadangkala: he gets very lonely at ~s, ada masanya dia berasa sangat sunyi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
localityn (fml) neighbourhood area, kawasan, tempat: I want a house in a quiet ~, saya mahu sebuah rumah di kawasan yg sunyi; they live in the same ~, mereka tinggal di tempat yg sama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas