Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kepastian tentang penggunaan 'agar' dan 'supaya'?Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh.

Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali.

Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas.
Makna06.02.2019
Boleh minta nasihat tentang keraguan di bawah? Yang mana betul - seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri? Terima kasihPertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah  manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diriTatabahasa05.04.2020
Apakah perbezaan penggunaan "agar" dan "supaya"?

Perkataan agar dan supaya merupakan kata hubung pancangan keterangan. Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh.

Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali.

Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas.
Tatabahasa05.08.2021
saya ingin mendapatkan beberapa kepastian drpd pihak tuan. seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri betul? kereta mainan atau kereta permainan? bolehkah pihak tuan memberikan penerangan yang terperinci? terima kasih.pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah  manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.

mainan bermaksud benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain manakala permainan merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk bermain. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah kereta mainan.

Tatabahasa08.04.2011
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama?"agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.
Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa08.10.2012
Tuan, betul ayat ini 'Saya berharap supaya kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama' betulkah kata 'berharap supaya'? kerana kata' berharap' telah membawa maksud harapan dan kata 'supaya' juga membawa maksud harapan. Minta penjelasanPandangan tuan mengenai berharap dan supaya boleh diterima. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut menyebabkan lewah dan tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Saya berharap kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama."Tatabahasa11.09.2013
APAKAH PERBEZAAN ANTARA AGAR DENGAN SUPAYAAgar dan supaya sama maknanya. Makna08.08.2008
Salam sejahtera. i. Longkang perlu dibersihkan supaya nyamuk tidak bertelur di dalamnya. soalan saya : Bolehkah perkataan "supaya" dalam ayat majmuk di atas digantikan dengan perkataan "agar" ii. Beta berasa sukacita apabila melihat pemandangan indah. soalan saya: perkataan "apabila" dalam ayat majmuk di atas boleh digantikan dengan perkataan"tatkala"? Terima kasihAgar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada  contoh ayat yang dinyatakan di atas.

Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Dalam contoh ayat yang diberikan penggunaan tatkala boleh digunakan.
Lain-lain24.04.2019
ayat yang manakah benar 1. ... bersetuju supaya majlis itu diadakan ... 2. ... bersetuju agar majlis itu diadakan... apakah perbezaan penggunaan kata hubung supaya dan agar?Perkataan "agar" dan "supaya" ialah kata hubung pancangan keterangan yang menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Kedua-dua contoh penggunaan "agar" dan "supaya" dalam frasa tersebut betul.Tatabahasa24.08.2023
1. Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. 2. Ali mencuci keretanya supaya keretanya kelihatan bersih. Ayat manakah yang gramatis?Ayat pertama (1) yang gramatis: Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih.Tatabahasa03.04.2015
12345678910...

Kembali ke atas