Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boom downrendah joranKomunikasiTiadaArahan supaya merendahkan joran supaya kedudukan kamera atau mikrofon yang terletak di atas joran mudah diubahsuaikan.
bind overikat jaminUndang-undangTiada1. Menghendaki seseorang membuat bon atau ikatan supaya melaksanakan sesuatu yang diperlukan, misalnya supaya hadir dalam perbicaraan.,2. Menghendaki seseorang supaya mengekalkan ketenteraman atau berkelakuan baik.
resin traybekas damarSukanTiadaBekas yang sesuai untuk mengisi damar supaya atlet dapat memijak di atasnya sebelum melangkah masuk ke platform supaya tidak tergelincir.
constant level balloonbelon aras malarAeroangkasaTiadaBelon yang direka bentuk supaya terapung pada aras tekanan malar dengan menggunakan injap yang mengawal pelepasan balast supaya dapat mengekalkan penerbangan pada aras tekanan tertentu.
constant pressure balloonbelon tekanan malarAeroangkasaTiadaBelon yang direka bentuk supaya terapung pada aras tekanan malar dengan menggunakan injap yang mengawal pelepasan balast supaya dapat mengekalkan penerbangan pada aras tekanan tertentu.
right justifywajar kananKejuruteraanTiada1. Menganjakkan kandungan daftar supaya digit kanan atau paling tidak signifikan berada pada kedudukan tertentu.,2. Melaraskan teks dan aksara ruang dalam sesuatu baris cetakan supaya jidar kanan menjadi lurus.
hand poundingpenumbukan; menumbukPentadbiran PerniagaanTiadaMenumbuk: Memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur.,Penumbukan: Perihal menumbuk atau proses memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur.
tasriyyattasriahPerniagaan IslamTiadaPerbuatan mengikat puting susu ternakan atau tidak memerah susunya supaya haiwan tersebut kelihatan mempunyai susu yang banyak. Tasriyyat bertujuan mengelirukan bakal pembeli supaya penjual dapat menjual haiwan dengan harga yang tinggi. Perbuatan ini ditegah kerana terdapat unsur penipuan.
convertible aircraftpesawat udara boleh ubahAeroangkasaTiadaPesawat udara yang direka bentuk supaya boleh ditukar daripada pesawat penumpang ke pesawat kargo atau sebaliknya.,Pesawat udara yang direka bentuk supaya boleh ditukar daripada pesawat penumpang ke pesawat kargo atau sebaliknya.
stay tuneterus bersamaKomunikasiTiada1. Hebahan yang dilakukan oleh pengacara atau juruhebah supaya pendengar atau penonton terus mengikuti siaran yang disiarkan. 2. Arahan penerbit kepada kakitangan siaran supaya meneruskan kerja-kerja masing-masing.
12345678910...

Kembali ke atas