Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.per] | سوڤر‌‌

Definisi : awalan asing lebih baik, lebih bermutu, lebih berkuasa dsb, mis superkomputer dan supersonik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.per] | سوڤر‌‌

Definisi : (awalan yg bererti) lebih baik, lebih bermutu, lebih berkuasa dsb, mis superkomputer dan supersonik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata super-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah peraturan dalam penggunaan perkataan Super? Adakah super + [kata nama] seperti superkomputer, supersonik? atau super boleh digabungkan dengan pelbagai perkataan seperti superpanjang, superlebar, supercepat?

Perkataan "super" dalam bahasa Melayu bermaksud  luar biasa; lebih drpd yg lain. Perkataan "super"  tidak boleh digabungkan dengan pelbagai perkataan yang membawa maksud yang umum tetapi hanya boleh digabungkan untuk istilah  tertentu sahaja seperti "superkomputer" ( komputer jenis besar yg boleh memproses data dgn laju dan cepat), "supersonik" (berupaya bergerak laju dgn kelajuan yg melebihi kelajuan bunyi), kamera sudut superlebar daripada istilah sumber "super wide angle camera"

Istilah14.09.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hero diterjemahkan sebagai wira di dalam Bahasa Melayu, manakala superhero diterjemahkan sebagai adiwira (saya tidak pasti samada adiwira ditulis dengan jarak atau tidak.). Jadi, bolehkah saya menterjemahkan istilah - istilah komik seperti "super strength", "super speed" dan "super hearing" sebagai "adi kuat", "adi laju" dan "adi dengar/rungu(pendengaran dalam bahasa indonesia)? Terima kasih.Istilah yang dicadangkan boleh digunakan dan perlu dieja sebagai satu perkataan, iaitu adikuat, adilaju dan adidengar  Istilah18.07.2016
Super mumIbu terhebat/ibu terunggulLain-lain14.07.2008
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "super league"? Teks ini akan digunakan untuk laman web berkenaan bola. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "super league'  ialah liga super.Istilah03.10.2013
Mohon dapatkan istilah bahasa Melayu kepada fenomena 'super moon'...Tuan, setakat ini tidak ada istilah khusus untuk merujuk kepada fenomena "Super Moon", walau bagaimanapun, tuan boleh menguna istilah "bulan purnama" atau "bulan penuh".Istilah10.01.2014
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layangMakna01.04.2014
Apakah terjemahan sesuai bagi superspreading event dan superspreader. A super spreading event is an event in which an infectious disease is spread much more than usual, while an unusually contagious organism infected with a disease is known as a super spreader. Penerangan di atas bagi definisi superspreader.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

superspreader - perebak utama
superpreading event - acara perebakan utama

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain06.06.2021
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan aging society, smart society dan super smart society (istilah ini banyak digunakan dalam perbincangan Society 5.0) Terima kasih.1. Padanan perkataan "aging society, smart society dan super smart society" dalam bahasa Melayu ialah

"masyarakat berusia,"  "masyarakat pintar"  dan  "masyarakat unggul" 

Istilah06.09.2019
Yang mana lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol Contoh ayat, " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat/mencetak 14 golAyat yang lebih tepat ialah " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat 14 gol.Istilah26.07.2018
Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "super impose"? Sumber: www.merriam-webster.com/dictionary/superimpose Terima kasih.Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk "superimpose" ialah tindih. Istilah ini terdapat dalam bidang Komunikasi dan maksudnya ialah: Teknik mendedahkan lebih daripada satu imej di atas jalur filem yang sama supaya kelihatan serentak. Teknik ini dilakukan semasa proses penyuntingan.Istilah02.10.2013
12

Kembali ke atas