Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pé.rior] | سوڤيريور

Definisi : (supérior) 1. lebih tinggi (atau baik) mutu, darjat, taraf kedudukan, dsb, unggul; 2. lebih tinggi letaknya atau kedudukan sesuatu; 3. pegawai yg lebih tinggi taraf jawatannya, pegawai atasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata superior


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah terjemahan yg sesuai bagi perkataan 'nett'? Cth: Bilik Superior dengan harga RM150 nett untuk satu malam. Terima kasihKata nett diberikan padanan "bersih".  Bilik superior dengan harga RM150 bersih untuk satu malam.Istilah21.03.2014
Adakah 'competitive advantage' boleh diterjemahkan kpd 'Kelebihan Persaingan' atau ada yang lebih tepat? Maksud competitive advantage dari sudut ekononi ialah 'a condition or circumstance that puts a company in a favourable or superior business position'.

Maksud competitive advantage ialah kelebihan saingan yang bermaksud kelebihan sesuatu syarikat untuk bersaing dalam pasaran suatu industri. Sinonim:competitive edge

Makna20.05.2020
Merujuk emel DBP kepada saya hari ini berkaitan terjemahan istilah 'Abusive Supervision'. Abusive supervision digunakan dalam konteks sumber manusia dan organisasi, Abusive supervision referring to employee’s perception of the extent to which their superior engaged in the sustained display of hostile verbal and nonverbal behaviors against them (Tepper, 2000).Berdasarkan maklumat yang tuan berikan dan melalui carian kami di internet, kami mencadangkan perkataan abusive supervision diterjemahkan kepada penyeliaan kelakuan.Penyemakan dan penterjemahan10.09.2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin minta cadangan terjemahan untuk frasa "Whire Makes Right" dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya kepada "Orang Kulit Putih Memperbaik Keadaan"? Menurut Wikipedia, definisi "White Makes Right" ialah: "the belief that the white race is inherently superior to other races and that white people should have control over people of other races."Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa white makes right ialah orang putih yang menguasai.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2023

Kembali ke atas