Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pé.rior] | سوڤيريور

Definisi : (supérior) 1. lebih tinggi (atau baik) mutu, darjat, taraf kedudukan, dsb, unggul; 2. lebih tinggi letaknya atau kedudukan sesuatu; 3. pegawai yg lebih tinggi taraf jawatannya, pegawai atasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata superior


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK SUPERIOR

Tasik Superior, salah satu daripada lima Tasik-tasik

Besar Amerika Utara, merupakan kawasan air

tawar yang terbesar di dunia. Antara Tasik-tasik

Besar itu, Tasik Superior ialah tasik yang paling

dalam, paling tinggi di atas aras laut, dan paling jauh

ke utara dan paling jauh ke barat (lihat Tasik-tasik

Besar ). Tasik Superior membentuk sebahagian

daripada sistem jalan air pedalaman Amerika

Syarikat dan Kanada. Sistem ini menganjur dari

Lautan Atlantik melalui Jalan Laut St. Lawrence,

Tasik-tasik Besar, dan Sungai Mississippi hingga ke

Teluk Mexico. Pedagang bulu haiwan bangsa

Perancis yang awal menamakan tasik ini dalam

bahasa Perancis Lac Supérieur, yang bererti Tasik

Hulu dalam bahasa Perancis.

UMUM 
TASIK-TASIK BESAR

Tasik-tasik Besar, Tasik Superior , Michigan ,

Huron, Erie, dan Ontario – lima Tasik-tasik Besar –

ialah kumpulan tasik air tawar yang terbesar di dunia.

Tasik ini menjadi laluan air daratan yang terpenting di

Amerika Utara. Tasik ini merupakan laluan utama

yang digunakan oleh pengembara dan peneroka

awal di Wilayah Barat Daya. Tempat ini adalah rantau

yang luas yang kini ialah Amerika Syarikat. Ia

termasuk Ohio, Indiana, Illinois, Michigan,

Wisconsin , dan sebahagian daripada Minnesota.

UMUM 
TERUSAN SOO

Terusan Soo membolehkan kapal melalui di

antara Tasik Superior dan Tasik Huron. Kedua-dua

tasik ini terletak di sempadan Kanada, Amerika

Syarikat.

UMUM 
TASIK VICTORIA

Tasik Victoria atau, dalam bahasa Bantu,

Victoria Nyanza , merupakan tasik yang terbesar di

Afrika dan tasik air tawar yang kedua terbesar di

dunia. Luasnya 69 484 kilometer persegi, iaitu kecil

sedikit daripada keluasan Tasik Superior.

UMUM 

Kembali ke atas