Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.po.si.to.ri] | سوڤوسيتوري

Definisi : (Ubat) ubat pejal berbentuk silinder atau kon yg dimasukkan ke dlm dubur atau faraj supaya larut dan melepaskan bahan aktifnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata supositori


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suppositoriessupositoriPerubatanTiadaUbat pepejal yang dimasukkan ke dalam rektum atau vagina untuk menghasilkan kesan setempat atau apabila ubat tidak dapat diberi secara oral. Ubat jenis ini akan cair di dalam rektum kerana kepanasan pada suhu badan dan seterusnya diserap ke dalam darah. Contoh ubat ialah laksatif, Paracetamol dan Nystatin.
suppositorysupositoriFarmasiFarmaseutikSatu bentuk dos yang mengandungi drug yang diberi melalui rektum. Dos ini dibuat daripada bahan yang boleh cair pada suhu badan. Bentuknya seperti peluru untuk memudahkan pemasukan ke dalam rektum. Bentuk dos ini digunakan untuk memintas metabolisme laluan pertama.
suppository basedasar supositoriPerubatanTiadaTiada
theobroma oilminyak tengkawangFarmasiTiadaLemak daripada biji koko dan bertakat lebur rendah dan digunakan sebagai dasar supositori dan emolien. mentega koko.
rectalrektalFarmasiFarmaseutikBerkaitan laluan pemberian drug melalui rektum. Kaedah ini digunakan untuk memintas metabolisme laluan pertama. Biasanya bentuk dos drug yang digunakan untuk tujuan ini ialah supositori.
finished herbal product specificationspesifikasi produk akhir herbaHerbaTiadaPerincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut.
aminophyllineaminofilinaKimiaForensikSebatian yang digunakan untuk merawat penyakit lelah, emfisema dan bronkitis. Kegunaannya kini dilarang kerana boleh menyebabkan alergi. Ia diberikan kepada pesakit secara perlahan-lahan, contohnya ubat pada dos 500 mg disuntik dalam tempoh 20 - 40 minit. Kesan sampingannya termasuk sakit perut dan usus, loya dan muntah, tekanan darah rendah, takikardia, nadi jantung yang tidak seragam atau cepat, dan gemuruh. Kematian telah dilaporkan akibat pengambilan pada dos 0.1 g secara intravena atau 25 mg/kg - 100 mg/kg secara supositori rektal.

Kembali ke atas