Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ge.ri] | سورݢري

Definisi : 1. cabang (ilmu) perubatan yg ber­kaitan dgn rawatan penyakit atau kecederaan dgn cara memotong atau membuang sesuatu bahagian (organ, sel dsb) badan yg berkenaan, ilmu bedah; 2. rawatan kecederaan atau penyakit dgn memotong atau membuang bahagian badan berkenaan: beberapa jenis ~ dilakukan di dlm bidang obstetrik, pergigian dan urologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ge.ri] | سورݢري

Definisi : rawatan kecederaan atau rawat­an penyakit dgn membedah, melaku­kan sesuatu pd atau membuang baha­gian badan yg dirawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surgeri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin menyemak bahasa dan ejaan untuk nama perniagaan dan papan tanda bagi memperolehi lesen perniagaan. "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka"Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda. Lain-lain14.08.2018
soalan saya mengenai tulisan pada papan tanda (signboard) premis samada diluluskan ataupun tidak.Berikut merupakan ayat pada papan tanda kami : "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak,Jengka" diharap dapat maklumbalas daripada pihak tuanSila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda.


Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain14.08.2018
Salam sejahtera, 'Surgery' vs 'Pembedahan' vs 'Bedah': Laman web Hospital UKM mempunyai "Department of Oral and Maxillofacial Surgery" yang dalam versi Bahasa Melayu ditulis sebagai: 'Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial'. Kamus Istilah Malaysia pula menyatakan "Vascular Surgery" sebagai 'Pembedahan Vaskular", tetapi "Transplantation Surgery" sebagai "Bedah Transplantasi". Manakala Kamus Inggeris-Melayu Dewan menyatakan "Thoracic Surgery" adalah 'Pembedahan Torasik', tetapi Kamus Istilah Malaysia menyatakannya sebagai 'Bedah Toraks'. Soalan saya: Menurut rumus/kaedah/cara DBP, bila boleh saya menggunakan 'surgery' (BI) sebagai (a) pembedahan, dan (b) bedah? Adakah mengikut konteks (apakah konteks tersebut)? 2) Antara 'pembedahan torasik' dan 'bedah toraks', adakah kedua-dua ini betul dan boleh digunakan? Sekiranya kedua2nya betul, apakah rasionalnya? 3)Dalam konteks 'pembedahan mulut', adakah 'pembedahan' kelas kata nama? Manakala dalam 'bedah mulut', adakah 'bedah' itu kelasnya kata kerja? Khidmat nasihat dari pihak DBP terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.Menurut istilah perubatan, surgery diberi padanan sebagai pembedahan atau bedah/surgeri bergantung pada konteks dan penggunaan yang bersesuaian. Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon).Istilah03.02.2012

Kembali ke atas