Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ge.ri] | سورݢري

Definisi : 1. cabang (ilmu) perubatan yg ber­kaitan dgn rawatan penyakit atau kecederaan dgn cara memotong atau membuang sesuatu bahagian (organ, sel dsb) badan yg berkenaan, ilmu bedah; 2. rawatan kecederaan atau penyakit dgn memotong atau membuang bahagian badan berkenaan: beberapa jenis ~ dilakukan di dlm bidang obstetrik, pergigian dan urologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ge.ri] | سورݢري

Definisi : rawatan kecederaan atau rawat­an penyakit dgn membedah, melaku­kan sesuatu pd atau membuang baha­gian badan yg dirawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surgeri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURGERI POKOK

Surgeri pokok ialah penjagaan pokok,

terutamanya dengan memangkas, memasang

pendakap, menampal lubang dan membuang kayu

reput. Surgeri pokok secara besar-besaran

memerlukan ahli surgeri pokok yang pakar dalam

kaedah berkenaan. Ahli surgeri pokok juga

merawat luka dan cedera pada pokok. Mereka

menyembur pokok dengan bahan kimia untuk

melindunginya daripada serangga dan penyakit

dan mereka memberikan baja dan lembapan yang

betul untuk pokok. Banyak komuniti menggaji ahli

surgeri pokok untuk merawat pokok di taman dan

kawasan rekreasi.

UMUM 

Kembali ke atas