Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ruh] | سوروه

Definisi : perintah (firman, titah) supaya me­lakukan sesuatu, lwn larangan: hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah; bersuruh-suruhan sl utus-mengutus, berki­rim-kiriman (utusan, wakil, dll); menyuruh 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; menyuruhkan 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini; tersuruh sudah disuruh; ~ pd orang yg akan pergi, terimbau (terpanggil) pd orang yg akan datang prb menyuruh seseorang me­ngerjakan sesuatu yg sangat diingininya; suruhan 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruh­suruh, pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah; suruh-suruhan hamba yg disuruh-suruh; penyuruhan sl orang yg disuruh: maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyam­but Gusti itu; pesuruh orang yg disuruh: wakil seorang ~ telah diutus utk memanggil Pak Amat; ~ Allah Rasulullah, utusan Allah; penyuruh 1. orang yg menyuruh; 2. sl perbuatan menyuruh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ruh] | سوروه

Definisi : ark ®sirih II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ruh] | سوروه

Definisi : perintah supaya melakukan se­suatu: Segala ~-Nya hendaklah dilaku­kan dan segala tegah-Nya hendaklah diting­galkan. menyuruh 1 memberi pe­rin­­tah supaya melakukan sesuatu; me­­­minta seseorang melakukan se­­­suatu; memerintah: Siapa yg ~ kamu membuat kerja ini? 2 memberi pe­rintah supaya pergi; meminta orang pergi; mengutus: Ayahnya telah ~ dia ke kedai membeli susu. suruhan apa-apa yg diperintahkan; perintah: Segala ~ tuannya dilaksanakannya dgn baik. budak ~ orang yg boleh disuruh-suruh. pesuruh orang yg di­suruh: ~ Allah orang yg dilantik oleh Allah utk menyampaikan se­ruan-­­Nya; Ra­­sulul­lah. penyuruh orang yg menyuruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,

Puisi
 

Sorong papan tarik papan,
     Singgah muat dalam perahu;
Suruh makan kami makan,
     Suruh mengaji saya tidak tahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
scramvi (sl) berambus: tell them to ~, suruh mereka berambus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sod 2 get that stupid ~ out of here!, suruh si bodoh itu keluar dr sini!; b. pitiable person, dia: he just got the boot, poor old ~, dia baru saja kena tendang, kasihan dia; 2. (of job) difficult, teruk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sacrosanctdon’t ask him to give up his afternoon nap, he considers it ~, jangan suruh dia tdk tidur pd waktu tengah hari, dia menganggap itu waktu dia tdk boleh diganggu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
preach~ to the converted,mengajar orang yg sudah /yakin, percaya/; practise what one ~es, melakukan sst yg sso suruh orang lain lakukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
butn tapi-tapi: do as I tell you, no ~s about it, lakukan saja spt yg saya suruh, tdk ada tapi-tapi lagi; ifs and ~s, alasan-alasan: I’m sick and tired of your ifs and ~s, saya betul-betul bosan dgn alasan-alasan kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
umpteenthadj (colloq) berpuluh: that’s the ~ time I’ve told you to be quiet!, sudah berpuluh kali saya suruh kamu diam!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
polish~ so. off, (sl) kill, murder so., bunuh: I told you just to beat him up, not to ~ him off!, saya hanya suruh awak pukul orang itu, bukan bunuh dia!; ~ st off, (colloq) a. finish st quickly and easily, menyiapkan sst; (food) menghabiskan sst: if we hurry we can ~ the job off before lunchtime, jika kita cepat kita akan dapat menyiapkan kerja ini sebelum waktu makan tengah hari; can you wait while I ~ off these letters?, bolehkah saudara tunggu sementara saya menyiapkan surat-surat ini?; the children ~ed off everything that I packed for their picnic, budak-budak itu menghabiskan semua makanan yg saya bekalkan utk dibawa berkelah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jazzand all that ~, (colloq, usu derog) dan benda-benda macam itu: he told me to work hard, to stay away from bad company, and all that ~, dia suruh saya kerja kuat, jangan bergaul dgn budak-budak jahat, dan benda-benda macam itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feverishadj 1. having symptoms of fever, [sso] demam, [badan sso] panas: Billy is ~, you’d better send him to bed, Billy demam or badan Billy panas, baiklah suruh dia tidur; have ~ dreams, meracau waktu bermimpi; 2. frenzied, a. (ref to emotion) menggila: there was a look of ~ excitement in his eyes, tergambar keghairahan yg menggila di matanya; b. (ref to activity) bagai hendak gila: it was a ~ race against time for us to get the manuscript submitted before the deadline, utk menyerahkan manuskrip itu sebelum tarikh akhir, bagai hendak gila kami terpaksa mengejar waktu; with ~ haste, dgn tergopoh-gapah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
askthe boy ~ed permission to leave the room, budak lelaki itu meminta izin utk meninggalkan bilik itu; they ~ed to join the club, mereka memohon utk memasuki kelab itu; ~ him to go home, suruh dia pulang; 5. invite, mengajak, mempelawa: I have ~ed some old friends for dinner, saya telah mengajak beberapa orang kawan lama utk datang makan malam; 6. demand as a price, meminta: how much are you ~ing for it?, berapa harga yg kamu minta?; they are ~ing $60,000 for the house, mereka meminta $60,000 utk rumah itu; 7. require, memerlukan: the job ~s both time and dedication, kerja itu memerlukan masa dan dedikasi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas