Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ruh] | سوروه

Definisi : perintah (firman, titah) supaya me­lakukan sesuatu, lwn larangan: hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah; bersuruh-suruhan sl utus-mengutus, berki­rim-kiriman (utusan, wakil, dll); menyuruh 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; menyuruhkan 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini; tersuruh sudah disuruh; ~ pd orang yg akan pergi, terimbau (terpanggil) pd orang yg akan datang prb menyuruh seseorang me­ngerjakan sesuatu yg sangat diingininya; suruhan 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruh­suruh, pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah; suruh-suruhan hamba yg disuruh-suruh; penyuruhan sl orang yg disuruh: maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyam­but Gusti itu; pesuruh orang yg disuruh: wakil seorang ~ telah diutus utk memanggil Pak Amat; ~ Allah Rasulullah, utusan Allah; penyuruh 1. orang yg menyuruh; 2. sl perbuatan menyuruh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ruh] | سوروه

Definisi : ark ®sirih II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ruh] | سوروه

Definisi : perintah supaya melakukan se­suatu: Segala ~-Nya hendaklah dilaku­kan dan segala tegah-Nya hendaklah diting­galkan. menyuruh 1 memberi pe­rin­­tah supaya melakukan sesuatu; me­­­minta seseorang melakukan se­­­suatu; memerintah: Siapa yg ~ kamu membuat kerja ini? 2 memberi pe­rintah supaya pergi; meminta orang pergi; mengutus: Ayahnya telah ~ dia ke kedai membeli susu. suruhan apa-apa yg diperintahkan; perintah: Segala ~ tuannya dilaksanakannya dgn baik. budak ~ orang yg boleh disuruh-suruh. pesuruh orang yg di­suruh: ~ Allah orang yg dilantik oleh Allah utk menyampaikan se­ruan-­­Nya; Ra­­sulul­lah. penyuruh orang yg menyuruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,

Puisi
 

Sorong papan tarik papan,
     Singgah muat dalam perahu;
Suruh makan kami makan,
     Suruh mengaji saya tidak tahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DBKL suruh saya apply until iklan kedai dekat DBP, tetapi saya tak data nak jumpa borang aplikasi online. Boleh tolong tunjuk saya macam mana nak apply?Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak.
Lain-lain18.02.2022
guru bm saya bagi tugasan suruh cari kesilapan penggunaan tatabahasa di laman web. lepas tu buat sebab n cadangan mengatasi kesilapan tersebut. bagaimanakah menulis cadangan mengatasi untuk kesilapan tatabahasa? kena dengan sumber rujukan dari sumber ilmiah sekali..contohnya kesalahn penggunaan kata pemeri dan kata sendi?

Saudara boleh merujuk laman web DBP dan cari maksud kata pemeri, iaitu ialah dan adalah dan tentukan penggunaan yang betul dan salah bagi ialah dan adalah, contohnya: Ahmad adalah guru atau Ahmad ialah guru. Kata sendi pula ialah kata yang menghubungkan dua kata atau ayat, iaitu "di", "ke", "dari", "daripada" dan sebagainya. Contoh kesalahan penggunaanya ialah Ali memasukkan pen di dalam bekas pensel atau Ali memasukkan pen dalam bekas pensel. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa10.08.2009
SAYA NAK MOHON LESEN MENIAGA KEDAI DOBI, MAJIS SURUH SAYA AMBIL BORANG DI DBP UTK DI BAWA KE MAJLIS BANDARAYA, SAYA BARU PERTAMA KALI MAHU MOHON, JADI SAYA TAK TAHU SGT BOLEH TUNJUK AJAR SAYA. MACAM MANA SAYA NAK TAHU YG SAYA DAFTAR NI LULUSSila buat permohonan iklan untuk mendapatkan pengesahan iklan. Rujuk Panduan Pendaftaran untuk Daftar Akaun, dan Panduan Pelanggan untuk Daftar Iklan. Sila klik Daftar Permohonan, pilih Daftar Iklan. Masukkan keterangan yang diminta. Pilih PBT dan tekan Masuk PBT. Muat naik gambar mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Tekan Simpan. Buat bayaran RM10. Pihak kami akan memproses iklan tuan selepas bayaran diterima.Lain-lain15.06.2020
apakah maksud penanganpukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia me­rasa ~ dr tanganku sendiri.Makna09.01.2013
Saya ingin membuat lesen banner di kuala selangor, tapi pengawai situ suruh i menghantar kesini untuk mengesah dulu …terima kasih …Untuk makluman, DBP tidak mengesahkan iklan dalam bahasa Inggeris. Sila terjemah kepada bahasa Melayu dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa)Lain-lain17.11.2014
Tuan/ Puan, Minta Tolong chop and signed bagi kita (Papan Iklan) Sebab hari ini MBIP suruh kita datang Dewan bahasa. Tetapi kita sampai tahu tak ada orang. MBIP cakap tunggu kita ambil balik itu sahaja.

Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my 

kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. 

Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut.

Lain-lain20.05.2020
Selamat Pagi, saya nak apply lessen dan pasang banner dekat kedai Bandar Saujana Putra, MPKJ suruh I dapatkan semakan dari Dewan Bahasa baru boleh dapat apply lessen untuk banner. Terima Kasih.

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain16.10.2017
1. Ejaan komersial atau komersil yang betul sebab rakan saya menghadiri kursus bahasa baru-baru ini dan mereka suruh eja komersil. Jadi yang mana satu betul. 2. Ejaan pengkomersilan atau pengkomersialan. (walaupun saya dah rujuk dalam soal jwp DBP tapi ia tahun 2011 mungkin ada perubahan)Dalam data kami, ejaan yang masih digunakan ialah komersial dan pengkomersialan.Tatabahasa12.07.2013
Syafiq Azahari 14:50 Syafiq Azahari Syafiq salam. saya nak tanya berkenaan buat papan tanda kedai, tapi dalam bahasa inggeris. ada yang suruh saya rujuk pada DBP. apa prosesnya ye?Setiap paparan di negara kita hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, sediakan teks dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”.Lain-lain14.03.2017
No langganan : 0328/17. Naskah dewan siswa untuk bulan Januari 2018 belum saya terima lagi. Harap hantar secepat mungkin. Emel pernah dihantar sebelum ini tetapi balas balik suruh tunggu hingga 15 Jan 2018 tetapi sampai kini masih belum terima lagi. Harap maklum, anak saya perlu buat rujukkan . Terima Kasih. Sekian Bishma 012-9408775
fdf
Lain-lain18.01.2018
12

Kembali ke atas