Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rut] | سوروت

Definisi : 1. kembali (ke asal dll), balik (ke belakang), mundur: kemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah; ~ kpd bekas isterinya telah rujuk; berlaku ~ dr dihitung kembali dr; pantang ~ pantang mundur; 2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dll), susut: marahnya yg memuncak-muncak tadi telah ~ dlm sekejap mata; kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; 3. = air ~ = pasang ~ air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; akan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak prb sesuatu perkara yg serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah); menyuruti 1. menjadikan berkurang, me­ngurangi, menyusuti; 2. rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi; menyurutkan 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, meng­undurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengu­rangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang: sebentar itu juga ia ~ kebelakang lalu jatuh; ~ fikiran melepaskan niat; ~ hati tawar hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rut] | سوروت

Definisi : 1 turun semula parasnya sesudah pasang atau sesudah bah (bkn air): Apabila air telah ~, mangsa-mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing. 2 balik ke belakang; undur; mundur: Kalau sudah melangkah, berpantang ~. 3 menjadi semakin kurang (bkn ke­marahan dll); reda; susut: Penyakitnya sudah mula ~. menyurutkan 1 me­nye­­­babkan menjadi surut (bkn air dsb); mengurangkan; menyusutkan. 2 menjadikan berkurang (bkn api, kemarahan dll); meredakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surut (kata kerja)
1. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, susut, menurun, merosot,
Berantonim dengan memuncak

2. Bersinonim dengan mundur: undur, berpatah balik,
Berantonim dengan mara

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan susut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyuruti, menyurutkan,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Air surut kapar hilir bersama,
     air pasang ia tersangkut.

Bermaksud :

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tidaladj pasang surut: the Thames is a ~ river, Sungai Thames ialah sungai pasang surut; ~ energy, tenaga pasang surut; ~ movements of commuter traffic, gerakan pasang surut lalu lintas yg ulang-alik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ebbn surut: ~ and flow, pasang surut; be at a low ~, (fig.) sudah merosot: his influence is at a low ~, pengaruhnya sudah merosot; be on the ~, sedang surut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
low tiden 1. tide at its lowest point, air surut; 2. time at which this happens, waktu air surut: it’s safe to swim out to the sandbank at ~, adalah selamat berenang ke kukup pd waktu air surut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
subside vi 1. sink to a lower or previous level, a. (of water) surut: the water finally ~d, air itu akhirnya surut; we waited for the flood to ~ before leaving, kami menunggu banjir itu surut sebelum pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goe. subside, surut; (of wind, storm) reda: the swelling is beginning to ~ down, benjol itu mulai surut; the wind went down after sunset, angin reda sesudah senja; f. be swallowed, ditelan: these pills don’t ~ down easily, pil-pil ini sukar ditelan; g. find acceptance, diterima: his explanation didn’t ~ down well, keterangannya tdk diterima dgn baik; h. be set down in writing, tercatat: the event will ~ down in history books, peristiwa itu akan tercatat dlm buku-buku sejarah; i. be defeated, fail, tewas, kalah: he went down in the third set, dia kalah dlm set ketiga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wanevi 1. (of moon) become gradually smaller, surut: as the moon ~s, apabila bulan surut; 2. decline in power, importance, etc,merosot, berkurang: the power of the Communist Party is waning rapidly in Europe, kuasa Parti Komunis berkurang dgn pesatnya di Eropah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sink 3. subside, a. (of water) surut: the water in the dam had sunk even lower, air dlm empangan telah surut ke paras yg lebih rendah; b. (of building, foundation, earth, etc) mendap: the foundations of the house are ~ing at one corner, tapak rumah itu mendap di suatu sudut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tiden1. a. rise and fall of sea, pasang surut: the sun and moon both affect the ~s, bulan dan juga matahari mempengaruhi pasang surut; b. water moved by this, air pasang: the causeway is covered by the ~ twice a day, tambak itu diliputi air pasang dua kali sehari; wreckage from the ship was washed up by the ~, kayu-kayu dr bangkai kapal di bawa ke darat oleh air pasang; c. current, arus air pasang: the ~s on this coast are very strong, air pasang di pantai sebelah sini sangat kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
recedevi 1. move back or away, a. (of tide, flood, etc) surut: the flood waters slowly ~d, air bah itu surut perlahan-lahan; b. (of hairline) menyusut: his hairline is receding, garis rambutnya semakin menyusut; 2. become more distant, menghilang: she watched from the deck as the island ~d into the distance, dr geladak dia melihat pulau itu menghilang di kejauhan; 3. decline, merosot: share prices ~d slightly today, harga-harga saham merosot sedikit hari ini; 4. become slight, menjadi tipis: hopes of finding the children alive are receding, harapan utk menjumpai anak-anak itu dlm keadaan masih hidup menjadi tipis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spring tide n pasang surut perbani.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas