Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sah] | سوسه

Definisi : 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum ke­luarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar mem­beritahu dunia luar bahawa dunia Arab ber­satu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) su­sah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. men­jadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacita­kan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sah] | سوسه

Definisi : 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita. 2 tidak mudah melakukannya (mendapatkan­nya; men­­carinya dll); sukar; sulit: Latihan yg dijalani itu amat ~ dan berat. ~ payah berbagai-bagai kesulitan atau kesukaran. 3 serba kekurangan; mis­kin; papa: Kita hendaklah menolong orang-orang yg ~. bersusah melakukan sesuatu dgn susah payah; berpenat lelah mengerjakan sesuatu: Tak usahlah kamu ~ menolong kami. ~ hati berasa susah hati; berdukacita. menyusahkan 1 menyebabkan menjadi susah; me­nyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. kesusahan 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Tetaklah nipah bersusun nipah,
     Buluh muda pancung sekali;
Duduklah susah berdiri susah,
     Badanku muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Hendaklah seperti tembikar,
     pecah satu pecah semuanya.

Bermaksud :

Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
data baru. (KOM) hash table (jadual cincangan) Jadual yang digunakan untuk meletakkan data yang perlu dicapai dengan pan- tas. Jadual jenis ini sesuai untuk data yang datang dalam aturan yang susah diramal. (KOM) hash value (nilai cincangan) Nilai yang berupa nombor bulat atau integer yang dijanakan oleh suatu fung- si cincangan. Nilai ini menunjukkan kedudukan dalam jadual cincangan. (KOM) hashing algorithm ujian benzena tak terlarutkan) Ujian yang digunakan untuk menentukan jumlah ramuan pengawet yang tidak larut dalam campuran bahan pengawet bawaan minyak dan benzena. (HUT) insomnia (insomnia) Keadaan tidak dapat atau susah hendak tidur. (UBAT) instantaneous unit hydrograph (unit hidrograf seketika) Unit hidrograf hasil penerapan kerpasan efektif kepada lembangan saliran dalam masa yang sangat singkat. (HID) instantaneous value (nilai ketika) Nilai sebenar

Kembali ke atas