Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Tinggi-tinggi si matahari,
     Anak kerbau mati tertambat;
Hilanglah tuan boleh dicari,
     Hilang anak susah dapat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mahal dibeli sukar dicari.

Bermaksud :

Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya hendak menanyakan bahawa di mana boleh saya dapatkan buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 1 dan Jilid 2 yang ditulis oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim? Saya rasa bahawa mungkin buku ini telah lama wujud, jadi mungkin susah untuk dicari.Untuk makluman puan, buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita bukan diterbitkan oleh DBP. Puan boleh menghubungi syarikat K-Publishing Sdn Bhd berkenaan buku tersebut atau kedai-kedai buku di Malaysia.Lain-lain05.07.2014
Bolehkah pihak Tuan cadangkan peribahasa yang sesuai dengan maksud merujuk kepada suatu situasi di mana keindahan dalam kehidupan sesebuah keluarga itu datang selepas menempuh cabaran atau dugaan membesarkan anak yang mengalami masalah kesihatan. Peribahasa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kurang sesuai sebab ia bukan situasi susah ke senang. Sebaliknya lebih kepad kepayahan membesarkan anak yang sakit dan satu masa anak itu menunjukkan satu sinar yang membanggakan. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak Tuan.
Cadangan peribahasa yang sesuai ialah "Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin" yang bermaksud Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula.

Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan kata kunci yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". 


Lain-lain31.05.2021
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih!

Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’  ialah rerumah  ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas.

Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.

Istilah22.12.2014
saya ingin bertanya, bolehkah saya mendapatkan katalog buku2 dalam keluaran dbp, yang berkaitan dengan hotikultur dan lanskap. saya mengajar matapelajaran lanskap dan nurseri tingkatan 4 dan 5. sangat susah untuk mendapatkan buku rujukan untuk pelajar dan guru. terima kasih

Salam,

Salah satu cara untuk saudara mendapatkan senarai rujukan dalam bidang tersebut adalah dengan melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my dan klik pada e-Perkhidmatan. Kemudian klik  Katalog Awam dalam Talian.  Taipkan subjek yang dicari dalam petak Kata Carian.

Saudara boleh mendapatkan buku terbitan DBP Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 4 dan 5 hasil tulisan Fakhrul Izhar Ramlee, Mohd. Taslim Kostor dan Nawawi Mohd. Jan.  Buku tersebut berharga RM23.50 (ISBN 9836286268).

Lain-lain26.01.2011

Kembali ke atas