Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.su] | سوسو

Definisi : 1. buah dada, tetek, kopek; hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu; ruang ~ ruang di antara dua buah dada; 2. = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada; binatang ~ binatang yg dipelihara utk mendapat susu; kepala ~ lemak yg kental pd air susu; kilang ~ a) kilang tempat mem­proses susu; b) bahagian badan yg meng­hasilkan susu; lapar ~ mahu susu (anak kecil); 3. cairan yg menyerupai air susu yg diperoleh dr tumbuhan (pokok getah, tuba, dll): selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang; ~ badan susu ibu; ~ (ber)formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu spt bayi, ibu mengandung dsb; ~ bundar buah dada (perempuan) yg bulat dan cekang; ~ berlemak susu asli yg tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya); ~ bubuk susu tepung; ~ cair sj susu yg agak kental yg dibuat dgn jalan pengewapan dgn tekanan dan suhu tinggi; ~ ibu susu dr buah dada; ~ kaleng = ~ kalengan Id susu yg telah diproses dan diisikan dlm tin; ~ kopek = ~ lanjut buah dada yg labuh; ~ macan bp sj minuman drpd air susu yg dicampur dgn minuman keras; ~ pekat susu yg dipekatkan dan dibubuh gula; ~ tanpa lemak susu yg lemaknya telah dikeluarkan; ~ tepung sj susu yg diproses menjadi tepung; ~ tin susu dlm tin; ~ di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat); air ~ dibalas dgn air tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; spt ~ dgn sakar prb a) dua hal yg bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai; menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~; gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah; menyusui memberi minum susu kpd: bina­tang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; menyusukan 1. menyusui: mereka menye­rahkan kanak-kanak yg baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. mem­biarkan menghisap susu (menyusu); susuan 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ dimulutnya; penyusuan perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~ bayi boleh mem­bahayakan kesihatannya; penyusu orang yg menyusui, pengasuh, inang: Muhammad besar di bawah peli­haraan ~nya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su] | سوسو

Definisi : ; ~ rimau sj kulat, Polystictus rhino­cerotis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su] | سوسو

Definisi : ; ~ kubung sj tumbuhan (benalu), Desmotrichum spp.; ~ lopek sj tumbuhan (rumpai laut yg boleh dimakan), berembang bukit, Longetia malayana; buah ~ a) sj tumbuhan (pokok), Chrysophyllum mono­pyrenum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), buah belewar, buah selasih, Passiflora lauri­folia; bunga ~ a) sj tumbuhan (pokok renek), bunga cina, susuk ayam, susun kelapa, Erva­tamia coronaria; b) sj tumbuhan (pokok renek), bunga cina, Gardenia augusta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su] | سوسو

Definisi : 1 buah dada; tetek. 2 = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada. 3 air berwarna putih yg keluar dr tetek haiwan (spt lembu, kambing) yg dijadikan makanan. 4 benda cair spt air susu yg diperoleh dr beberapa jenis pokok (spt getah, tuba). ~ badan susu ibu. ~ cair susu yg tidak dicampur gula dan diperoleh dgn cara penyejatan. ~ formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golong­an tertentu, spt bayi, ibu mengandung, orang tua. ~ ibu susu dr buah dada yg dihisap bayi sbg makanannya. ~ julung susu yg keluar buat kali pertama dr lembu dsb yg baru melahirkan anak. ~ kering (tepung) susu yg diproses dlm bentuk serbuk. ~ pekat susu yg telah disejat dan dicampur dgn gula. ~ siring susu yg telah diambil kepalanya. ~ tin susu yg dijual dlm tin. bersusu mempunyai susu. menyusu meng­-hisap air susu dr buah dada dsb: Adli baru berumur satu tahun setengah tetapi sudah berhenti ~. menyusui memberikan susu (tetek) supaya dihisap; memberi minum air susu: Rosminah sedang ~ anaknya. penyusuan hal (perbuatan dsb) menyusu atau menyusui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susu

Puisi
 

Masak susu linggang-linggang,
     Putik belimbing diketu-ketu;
Tutup pintu renggang-renggang,
     Petik dinding terbukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
milkn susu: he has ~ with his coffee but not with his tea, dia minum kopi susu tetapi tdk teh susu; mother’s ~ is best for baby, susu ibulah yg terbaik utk bayi; ~ products like cheese and butter, hasil susu spt keju dan mentega; <Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pour~ st away, /membuang, mencurahkan/ sst: ~ the milk away, it has turned sour, buanglah susu itu, susu itu sudah rasan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottle-feedvi memberi + approp n susu botol: she prefers to ~ rather than to breastfeed, dia lebih suka memberi anaknya susu botol drpd memberinya susu badan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well2~ over, melimpah: she poured too much milk and it ~ed overi, dia menuang terlalu banyak susu lalu susu itu melimpah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
black7. (of coffee) tanpa susu: I’ll have my coffee ~, saya mahu kopi tanpa susu; ~ coffee, kopi /O, kosong, tanpa susu/; 8. gloomy, a. (of outlook, future) gelap: the future looks ~, masa depan kelihatan gelap; b. (of mood, day, etc) muram: it’s a ~ day for them, hari itu hari yg muram bagi mereka; 9. marked by misfortune, desolation, ruin, hitam: ~ areas of unemployment, kawasan hitam pengangguran; 10. resentful, hostile, marah: give so. ~ looks, memandang sso dgn marah; 11. wicked, hateful, jahat, keji: a ~ deed, perbuatan jahat; a ~ heart, hati jahat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weanvt accustom infant or young mammal to food other than milk, (act.) mencerai susu, menyarak, menyapih; (pass.) bercerai susu: she ~ed her baby at 16 months, dia mencerai susu anaknya ketika anak itu berumur 16 bulan; the kittens have just been ~ed, anak-anak kucing itu baru saja bercerai susu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
milkern 1. cow, goat, etc that yields milk, pengeluar susu: our best ~ is Bessy, pengeluar susu terbaik kita ialah Bessy; 2. person who milks cow etc, pemerah susu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soak2. penetrate by saturation, meresap: he wiped up the spilt milk before it could ~ into the carpet, dia mengelap susu yg tumpah sebelum susu itu meresap ke dlm permaidani; lie on the sand and let the heat ~ into your body, baringlah di atas pasir dan biar haba meresap ke dlm badan anda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breast-fedadj /diberi susu, menyusu pd/ ibu: a healthy, ~ baby, bayi yg sihat yg diberi susu ibu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
milkvi yield milk, mengeluarkan susu: the goats are ~ing well, kambing-kambing itu banyak mengeluarkan susu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas