Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.su] | سوسو

Definisi : 1. buah dada, tetek, kopek; hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu; ruang ~ ruang di antara dua buah dada; 2. = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada; binatang ~ binatang yg dipelihara utk mendapat susu; kepala ~ lemak yg kental pd air susu; kilang ~ a) kilang tempat mem­proses susu; b) bahagian badan yg meng­hasilkan susu; lapar ~ mahu susu (anak kecil); 3. cairan yg menyerupai air susu yg diperoleh dr tumbuhan (pokok getah, tuba, dll): selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang; ~ badan susu ibu; ~ (ber)formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu spt bayi, ibu mengandung dsb; ~ bundar buah dada (perempuan) yg bulat dan cekang; ~ berlemak susu asli yg tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya); ~ bubuk susu tepung; ~ cair sj susu yg agak kental yg dibuat dgn jalan pengewapan dgn tekanan dan suhu tinggi; ~ ibu susu dr buah dada; ~ kaleng = ~ kalengan Id susu yg telah diproses dan diisikan dlm tin; ~ kopek = ~ lanjut buah dada yg labuh; ~ macan bp sj minuman drpd air susu yg dicampur dgn minuman keras; ~ pekat susu yg dipekatkan dan dibubuh gula; ~ tanpa lemak susu yg lemaknya telah dikeluarkan; ~ tepung sj susu yg diproses menjadi tepung; ~ tin susu dlm tin; ~ di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat); air ~ dibalas dgn air tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; spt ~ dgn sakar prb a) dua hal yg bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai; menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~; gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah; menyusui memberi minum susu kpd: bina­tang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; menyusukan 1. menyusui: mereka menye­rahkan kanak-kanak yg baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. mem­biarkan menghisap susu (menyusu); susuan 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ dimulutnya; penyusuan perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~ bayi boleh mem­bahayakan kesihatannya; penyusu orang yg menyusui, pengasuh, inang: Muhammad besar di bawah peli­haraan ~nya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su] | سوسو

Definisi : ; ~ rimau sj kulat, Polystictus rhino­cerotis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su] | سوسو

Definisi : ; ~ kubung sj tumbuhan (benalu), Desmotrichum spp.; ~ lopek sj tumbuhan (rumpai laut yg boleh dimakan), berembang bukit, Longetia malayana; buah ~ a) sj tumbuhan (pokok), Chrysophyllum mono­pyrenum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), buah belewar, buah selasih, Passiflora lauri­folia; bunga ~ a) sj tumbuhan (pokok renek), bunga cina, susuk ayam, susun kelapa, Erva­tamia coronaria; b) sj tumbuhan (pokok renek), bunga cina, Gardenia augusta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su] | سوسو

Definisi : 1 buah dada; tetek. 2 = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada. 3 air berwarna putih yg keluar dr tetek haiwan (spt lembu, kambing) yg dijadikan makanan. 4 benda cair spt air susu yg diperoleh dr beberapa jenis pokok (spt getah, tuba). ~ badan susu ibu. ~ cair susu yg tidak dicampur gula dan diperoleh dgn cara penyejatan. ~ formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golong­an tertentu, spt bayi, ibu mengandung, orang tua. ~ ibu susu dr buah dada yg dihisap bayi sbg makanannya. ~ julung susu yg keluar buat kali pertama dr lembu dsb yg baru melahirkan anak. ~ kering (tepung) susu yg diproses dlm bentuk serbuk. ~ pekat susu yg telah disejat dan dicampur dgn gula. ~ siring susu yg telah diambil kepalanya. ~ tin susu yg dijual dlm tin. bersusu mempunyai susu. menyusu meng­-hisap air susu dr buah dada dsb: Adli baru berumur satu tahun setengah tetapi sudah berhenti ~. menyusui memberikan susu (tetek) supaya dihisap; memberi minum air susu: Rosminah sedang ~ anaknya. penyusuan hal (perbuatan dsb) menyusu atau menyusui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susu

Puisi
 

Masak susu linggang-linggang,
     Putik belimbing diketu-ketu;
Tutup pintu renggang-renggang,
     Petik dinding terbukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUSU PEKAT

Susu pekat ialah susu yang telah dipasteurkan

dan dipekatkan. Ia dibuat dengan menyejatkan

air daripada susu untuk mengurangkan isi padu

susu sebanyak setengah susu. Susu ini tidak

disteril, dan mesti disimpan dalam peti sejuk

untuk mencegahnya daripada rosak. Susu pekat

adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin B2

yang baik.

UMUM 
SUSU SEJAT

Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira

60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu

sejat disediakan dengan memanaskan susu

penuh pasteur homogen dalam tangki vakum

untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya

ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril

dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat

tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya,

tetapi vitamin D sering ditambah untuk

pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa

Switzerland, menerima paten pada tahun 1884

kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah

memekatkan susu tanpa menambah gula.

Lihat juga Susu.

UMUM 
TENUSU

Tenusu ialah satu cabang pertanian yang berkaitan

dengan pengeluaran susu, mentega, susu sejat,

aiskrim, keju, dan keluaran susu kering. Penjagaan

dan penternakan lembu tenusu juga termasuk dalam

cabang pertanian ini. Tenusu diusahakan di

kebanyakan negara. Denmark, Perancis, Itali, New

Zealand, dan Switzerland merupakan negara yang

terkenal dengan keluaran tenusu.

UMUM 
SUSU MENTEGA

Susu mentega ialah cecair putih yang tinggal

selepas krim digodak untuk dibuat mentega. Susu

mentega asli manis dibuat daripada krim segar

yang telah disejukkan dan digodak. Susu mentega

asli masam dibuat daripada krim yang telah

dimasamkan dengan menambah bakteria

penghasil asid laktik, yang dinamakan pemula.

Susu mentega asli tidak tahan disimpan sebagai

minuman segar. Tetapi susu mentega asli manis

kadangkala dikeringkan menjadi serbuk dan

digunakan secara komersial dalam memasak,

membakar dan membuat aiskrim.

UMUM 
YOGURTYogurt ialah produk tenusu yang dihasilkan daripada fermentasi susu oleh bakteria. Ia merupakan kasein (sejenis protein dalam susu) separa pepejal yang terbentuk daripada tindakan bakteria asid laktik tertentu terhadap campuran pepejal susu tanpa lemak, lemak susu, gula dan agen penstabil.PEMAKANANSifat/Keadaan
SUSU

Susu, makanan paling berkhasiat dan minuman

kegemaran ramai di seluruh dunia. Susu

mengandungi hampir semua nutrien (bahan

berkhasiat) yang diperlukan oleh manusia untuk

tumbesaran dan kesihatan. Ini kerana susu

mengandungi kandungan nutrien yang sangat

tinggi dan membolehkannya berfungsi sebagai

sebuah pasukan untuk membantu mengekalkan

kekuatan dan kesihatan tubuh.

UMUM 
MESIN PEMERUSUAN

Mesin pemerusuan atau mesin pemerah susu

ialah alat untuk memerah susu lembu. Kebanyakan

ladang tenusu memerah susu lembu dengan mesin

ini, dan tidak dengan tangan. Mesin ini

mengurangkan kos, kerana ia mengurangkan

jumlah pekerja yang diperlukan untuk memerah

susu. Ia juga menjadikan susu sentiasa bersih.

UMUM 
DAKWAT LIMUNAN

Dakwat limunan ialah sejenis cecair yang

digunakan untuk tujuan komunikasi sulit. Tulisan

limunan dibentuk dengan menggunakan haba atau

bahan kimia. Susu, dadih susu, larutan gula, atau

sebarang jus sayur-sayuran yang tidak berwarna

boleh dijadikan dakwat limunan. Cecair-cecair ini

berwarna coklat apabila didedahkan kepada haba

yang sederhana kuatnya agar tidak merosakkan

kertas.

UMUM 
GANTEH SUSU

GANTEH SUSU, makanan tradisional yang diperbuat daripada susu kerbau. Ganteh susu terdapat dalam bentuk likat atau kepingan.

BUDAYAKonsep
KUMIS

Kumis ialah minuman yang ditapai yang dibuat

daripada susu kuda atau susu unta. Perkataan ini

juga dieja koumis, koumiss, atau koumyss. Kumis

adalah jernih, masam, lut sinar, pekat, dan berbuih

seperti soda berkarbonat.

UMUM 
12345

Kembali ke atas