Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj pasak atau baji (utk mengetatkan rasuk dll), penyemat (baju dll), susuh, tusuk; ~ igu pasak utk melekatkan igu; ~ kondai = ~ sanggul penyemat sanggul; 2. jarum emas dll yg dimasukkan ke dlm kulit muka dll utk memaniskan rupa; 3. lubang tempat mema­sukkan sesuatu (butang dll); ~ baju lubang tempat kancing baju; ~ pelipit tempat mele­takkan geligin (pd alat tenun); bersusuk 1. memakai susuk, berpasak; 2. memakai susuk utk pemanis; bersusuk-susuk, bersusuk-susukan ber­asak-asakan (kerana terlalu ramai dll); menyusuk 1. mencucuk, menusuk; 2. me­masukkan jarum emas dll dlm kulit utk memaniskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 baji atau pasak utk menge­tatkan rasuk dll; sesuatu yg digunakan sbg semat: ~ sanggul (kondai) pe­nyemat sanggul. 2 jarum emas dll yg dimasukkan ke dlm badan supaya kelihatan manis atau berseri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susuk (kata nama)
Bersinonim dengan bentuk, bangun, rangka.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia melihat susuk tubuh. Sosok atau Susuk? Boleh tak kalah kita tambah "Se" jadi "Sesusuk" atau "Sesosok"Ejaan yang betul ialah “susuk tubuh”. Menurut Kamus Dewan Perdana (halaman 2189), susuk tubuh” bermaksud bentuk rupa atau bangun tubuh, bayangan tubuh atau badan yang kelihatan samar-samar. “Susuk tubuh” tidak sesuai diberikan imbuhan se-.  Sila rujuk contoh ayat yang berikut:
i.  Tidak semua wanita dikurniakan susuk tubuh idaman.
iiSama-samar Megat melihat dua susuk masuk ke dalam bilik itu.

 

Ejaan01.03.2024

Kembali ke atas