Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sun] | سوسون

Definisi : 1. longgok yg teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih); 2. tingkat, (se)perangkat barang yg bertingkat-tingkat (pinggan, mang­kuk, tepen, dll): ia membeli pinggan se~; 3. rangkai, untai (sajak); se~ sajak; 4. rangkap berlapis (kelopak bunga mawar dll); ~ atur cara menyusun dan mengatur sesuatu spt perabot, hiasan dsb dlm sesuatu ruang, taman dsb mengikut pelan yg dikehendaki; bersusun 1. berlonggok bertindih-tindih (yg satu di atas yg lain): beberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya; 2. terletak atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturut­turut, dll): nama-nama itu harus dicatat ~ menurut abjad; 3. kalimat ~ Id (Lin) dua tiga ayat yg dipadukan menjadi satu; 4. sl berikut, bersusul: Ahad ~ dgn Isnin; bersusun-susun terletak dlm beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat: kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu; maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupa­nya; menyusun 1. meletakkan berlapis-lapis (ber­tindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua­dua belah tapak tangan spt hendak me­nyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (me­ngarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); menyusunkan menyusun sesuatu utk, me­ngaturkan; tersusun sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~ indah; susunan 1. timbunan (barang) yg bertindih-­tindih, longgok yg bertindih-tindih: ~ batu bata; 2. sesuatu yg disusun (diatur dll), sesuatu yg letaknya bersusun: nama mereka ditulis dlm daftar itu mengikut ~ abjad; jari bagai ~ sirih; ~ buku-buku di dlm almari itu kelihatan kemas dan rapi; penyusunan perihal menyusun: suatu ke­sempatan utk para peserta mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kembali sejarah Malaysia; penyusun 1. orang yg menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dll): Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dgn pengertian pandai atau tukang dlm kamus mereka; ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf (dlm percetakan); 2. alat utk menyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sun] | سوسون

Definisi : ; ~ kelapa a) sj tumbuhan (pokok renek), susuh ayam, Tabernaemontata diva­ricata; b) sj tumbuhan (pokok renek), lada­lada, Tabernaemontata malaccensis; c) sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada, Taber­naemontata peduncularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sun] | سوسون

Definisi : longgok atau kumpulan yg teratur bertindih-tindih dgn rapi: Beberapa ~ pinggan mangkuk yg mahal tersimpan di dlm almari. ~ atur cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dsb dlm sesuatu ruang supaya kemas dan teratur. bersusun 1 berlonggok berlapis-lapis yg satu di atas yg lain: Kain bajunya yg sudah bergosok itu ~ rapi di dlm almari. 2 beratur atau berderet berlapis-lapis; terletak berbaris-baris; bersaf-saf: Kereta tetamu ~ di pekarangan rumahnya. menyusun 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bang­ku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pa­sukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di per­cetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ ka­mus mengarang atau membuat kamus. tersusun sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. susunan 1 kumpulan barang yg disusun berlapis-lapis atau bertindih-tindih: ~ buku. 2 sesuatu yg telah disusun atau diatur; sesuatu yg letaknya bersusun: Nama mereka telah ditulis mengikut ~ abjad. penyusunan perbuatan atau hal menyusun: Gaya karangan dan ~ ayat disesuaikan dgn per­kembangan bahasa hari ini. penyusun orang yg menyusun: ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf percetakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Susunlah rebab susun rebana,
     Susun lesung rumah Encik Ali;
Apa sebab dengan kerana,
     Rasa bergantung tidak bertali.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
susun ketamsusun ketamKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun susun ketam.
daun susun ketamdaun susun ketamKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun susun ketam.
social stratumsusun lapis masyarakat/susun lapis sosialSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
road layoutsusun atur jalan raya; susun atur jalanGeografiTiadaTiada
road layoutsusun atur jalan raya; susun atur jalanKesenianTiadaTiada
thermoacoustic arraysusun aut termoakustikFizikAkustikSusun sumber bunyi yang terdiri daripada alur cahaya, seperti laser yang dimodulasikan pada frekuensi bunyi yang hendak dijanakan. Bunyi yang terhasil mempunyai nilai maksimum dalam arah yang serenjang dengan paksi alur cahaya.
blocked layoutsusun atur blokPentadbiran PerniagaanTiadaSusun atur penaipan yang bermula di sebelah kiri.
reconstituted stonebatu susun ulangLandskapTiadaBatu yang di susun semula dan diletakkan dengan bahan pengikat seperti asfalt dan gam untuk membaiki struktur tanah.
rank-size rulehukum saiz susun tarafGeografiTiadaSusun taraf empirik yang menerangkan taburan saiz bandar atau bandaraya di dalam sesuatu kawasan.
facing tablemeja susun hadapPentadbiran PerniagaanTiadaMeja untuk proses susun hadap.
12345678910...

Kembali ke atas