Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.su.nan] | سوسونن

Definisi : 1. timbunan (barang) yg bertindih-­tindih, longgok yg bertindih-tindih: ~ batu bata; 2. sesuatu yg disusun (diatur dll), sesuatu yg letaknya bersusun: nama mereka ditulis dlm daftar itu mengikut ~ abjad; jari bagai ~ sirih; ~ buku-buku di dlm almari itu kelihatan kemas dan rapi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su.nan] | سوسونن

Definisi : 1 kumpulan barang yg disusun berlapis-lapis atau bertindih-tindih: ~ buku. 2 sesuatu yg telah disusun atau diatur; sesuatu yg letaknya bersusun: Nama mereka telah ditulis mengikut ~ abjad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
susunan elektron dupletduplet electron arrangementDua elektron yang terletak pada petala pertama sahaja.Menengah Atas
susunan zaraharrangement of particlesKedudukan atom atau molekul dalam sesuatu jirim. Susunan zarah dalam pepejal lebih teratur, rapat dan berada dalam pola yang tetap, berbanding cecair dan gas. Lihat RajahMenengah Rendah
kariotipkaryotypeSusunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X.Menengah Atas
teksturtextureRasa, keadaan atau sifat sesuatu permukaan atau bahan yang membentuk jalinan atau susunan bahagian sesuatu objek. Contohnya, jalinan serat pada kain dan susunan butir-butir halus tanah.Sekolah Rendah
litarcircuitSusunan komponen elektrik seperti perintang, mentol, sumber bekalan kuasa dan suis untuk membentuk satu laluan arus elektrik.Menengah Rendah
kekisilatticeSusunan teratur tiga dimensi zarah-zarah, iaitu molekul atom atau ion, dalam sesuatu hablur. Contohnya, dalam hablur natrium klorida, ion-ion natrium dan klorida disusun untuk membentuk kekisi kiub.Menengah Atas
tertib menaikascending orderSusunan mengikut kedudukan dari kecil ke besar.Menengah Rendah
siri kereaktifanreactivity seriesSusunan logam mengikut kereaktifan terhadap oksigen bermula dengan logam yang paling reaktif.Menengah Atas
cecairliquidJirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas.Menengah Atas
peleburanmeltingProses perubahan jirim daripada pepejal kepada cecair. Tenaga haba yang dibekalkan akan diserap dan ditukarkan kepada tenaga kinetik. Apabila tenaga kinetik zarah pepejal mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah tersebut, susunan zarah dalam pepejal menjadi tidak sekata, dan akibatnya cecair akan terbentuk.Menengah Rendah

Kembali ke atas