Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.su.nan] | سوسونن

Definisi : 1. timbunan (barang) yg bertindih-­tindih, longgok yg bertindih-tindih: ~ batu bata; 2. sesuatu yg disusun (diatur dll), sesuatu yg letaknya bersusun: nama mereka ditulis dlm daftar itu mengikut ~ abjad; jari bagai ~ sirih; ~ buku-buku di dlm almari itu kelihatan kemas dan rapi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su.nan] | سوسونن

Definisi : 1 kumpulan barang yg disusun berlapis-lapis atau bertindih-tindih: ~ buku. 2 sesuatu yg telah disusun atau diatur; sesuatu yg letaknya bersusun: Nama mereka telah ditulis mengikut ~ abjad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
close pilingsusunan rapatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSusunan yang kayunya diatur rapat sisi ke sisi tanpa sebarang ruang di antaranya. Susunan padu atau susunan pukal. Susunan ini biasanya digunakan pada kayu yang sedia hendak dijual.
bondikatanKesenianSeni BinaCara susunan batu bata pada dinding atau struktur bangunan lain seperti rasuk, lantai, tiang, jenang tingkap atau jenang pintu. Terdapat pelbagai kaedah susunan batu bata bagi menguatkan ikatan batu bata tersebut menurut kaedah asal masyarakat yang mengamalkannya seperti susunan sisi, susunan Inggeris, susunan Fleming dan sebagainya. Bagi menguatkan ikatan antara batu bata, lazimnya digunakan jaring dawai pada setiap empat lapisan menegak batu bata, sementara bagi menguatkan ikatan atau pegangan struktur bangunan terhadap batu bata, kepingan logam digunakan sama ada berbentuk ekor ikan� bentuk L dan sebagainya, bergantung pada tahap kekuatan pegangan yang diperlukan.
hyphal analysisanalisis hifaBiologiMikologiKaedah yang digunakan untuk mempelajari perkembangan dan struktur tisu jasad buah kulat. Menurut kaedah ini, terdapat tiga susunan tisu jasad buah, iaitu susunan monomitik, susunan dimitik dan susunan trimitik.
moniliformmoniliformBiologiMikologiMerujuk kepada susunan, misalnya susunan spora, yang kelihatan seperti rantaian manik.
accession ordersusunan penerimaanPerpustakaanTiadaSusunan buku di rak yang berdasarkan susunan menurut kelas, nombor atau kronologi.
flemish bondsusunan flemishKejuruteraanKejuruteraan BangunanSusunan bata yang setiap susunannya mengandungi bata pengepala dan bata peregang secara bersilih ganti. Susunan flemish terdapat pada dinding luar yang tebalnya tidak kurang daripada panjang seketul bata.
flat pilingsusunan rataPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSusunan kayu gergaji yang permukaan lebarnya berada dalam keadaan mendatar. Susunan cara ini biasanya memerlukan penjarak untuk mengasingkan satu lapisan dengan lapisan yang lain.
stack edgesusunan sisiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSusunan yang kayunya diatur menegak di atas sisi masing-masing, secara mendatar muka ke muka. Susunan cara ini mempercepatkan pengeringan kayu.
chiasmuskiasmusKesusasteraanTiadaDua pasangan kata disusun sedemikian rupa sehingga susunan pertama berkaitan dengan susunan ke empat. "Pendeklah hidup ini, ya kita ini pendek adanya".
crib stackingsusunan silang segitigaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSusunan papan atau kayu gergaji yang permukaan masing-masing bersentuhan di bahagian hujung dan membentuk lubang segitiga di tengah-tengah susunan tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas