Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sut] | سوسوت

Definisi : 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-­tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengu­rangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melain­kan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, menge­cilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau pernia­gaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, ke­merosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengu­rangkan, mengecilkan), pengecilan, pengu­rangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sut] | سوسوت

Definisi : Kl; menyusut menyembunyikan, menyorokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sut] | سوسوت

Definisi : 1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. 2 semakin pendek atau semakin kecil; mengecut: Kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh. 3 turun parasnya atau turun permukaannya (bkn air); surut: Paras air di jambatan Jertih masih belum ~ lagi. 4 lebih kurus drpd biasa: Mengapa badan engkau ~ sekarang? menyusut menjadi susut; berkurang. menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berkurangan: menurun, merosot, susut, usak,

2. Bersinonim dengan mengecil: mengecut, mengerut, kempis, seruh, menyentap, centet,
Berantonim dengan mengembang

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan surut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyusut, menyusuti, kesusutan,

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mengekor mencit.

Bermaksud :

Modal yang makin susut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
depreciationn 1. lowering of value, susut nilai: ~ of stocks, susut nilai stok; 2. allowance made for wear and tear, susut nilai: provision for ~ has affected profit, peruntukan bagi susut nilai telah menjejaskan keuntungan; 3. disparagement, memperkecil-kecil: remarks made in ~ of o’s rival, kata-kata yg memperkecil-kecil pihak lawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shrink d. (of piece of property, forest, etc) susut: our forests are shrinking, hutan-hutan kita kian susut; e. (of economy) susut; (of hopes, expectation) pudar: hope of finding survivors is ~ing, harapan utk menemui mereka yg terselamat semakin pudar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shrink b. (of person) susut: his flesh seems to have shrunk and he looks very old and wrinkled, tubuh lelaki itu nampaknya sudah susut dan dia kelihatan sangat tua dan berkedut; c. (of number of people or things, money, etc) berkurang, susut: his funds were ~ing rapidly, wangnya susut dgn cepat sekali; the number of applicants has shrunk this year, bilangan pemohon telah berkurang tahun ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shrinkingadj kian /susut, berkurang/: ~ profits, keuntungan yg kian susut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depreciatevi susut nilai: the car will ~ after a year’s use, kereta itu akan susut nilai setelah dipakai selama setahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
waste~ away, semakin susut: the patient is wasting away and may not last long, pesakit itu semakin susut dan mungkin tdk dapat hidup lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depreciatingadj 1. declining in value, susut nilai: a ~ currency, mata wang yg susut nilai; 2. disparaging, memperkecil-kecil: the ~ manner in which he speaks of others, gaya cakapnya yg memperkecil-kecil orang lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thin~ down, a. lose weight, susut, menjadi kurus: he has ~ned down considerably since I saw him last, badannya susut banyak sejak kali akhir saya bertemu dengannya; b. make more liquid, mencairkan: ~ down the sauce a bitKamus Inggeris-Melayu Dewan
subside 4. (of swelling) become less, susut: the swollen ankle ~d after treatment, buku lali yg bengkak itu susut selepas dirawat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wastedadj 1. futile, fruitless, sia-sia: it’s a ~ effort, itu usaha yg sia-sia; 2. emaciated, susut: a ~ body, badan yg susut; he looked ~ after the long illness, dia kelihatan susut selepas lama sakit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas