Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sut] | سوت

Definisi : 1. bunyi spt bunyi daun buluh ditiup angin; 2. sr (seakan-akan siulan) utk menyuruh orang diam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sut] | سوت

Definisi : Id, bp kep suten. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sut] | سوت

Definisi : 1. Kd, Kl hujung, penghabisan; 2. yg penghabisan (terakhir) sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marginal supplybekalan sut; penawaran sutGeografiTiadaTiada
marginal groupkelompok sut/kumpulan sutPendidikanTiadaTiada
marginal groupkelompok sut/kumpulan sutSosiologiTiadaTiada
marginal groupkelompok sut/kumpulan sutSosiologiTiadaTiada
marginal analysisanalisis sutEkonomiTiadaKaedah menganalisis kesan perubahan kecil pemboleh ubah ekonomi. Misalnya, analisis sut dalam teori firma membincangkan kesan tambahan satu unit output terhadap tambahan dalam jumlah kos dan jumlah hasil. Mengikut analisis sut, keseimbangan firma dicapai apabila tambahan dalam jumlah kos sama dengan tambahan dalam jumlah hasil yang diakibatkan oleh pertambahan satu unit output. Tambahan dalam jumlah kos disebut kos sut, dan tambahan dalam jumlah hasil disebut hasil sut. Analisis sut juga digunakan teori firma, teori agihan sumber, teori penentuan keseimbangan pasaran dan teori keseimbangan umum ekonomi. Sinonim analisis marginal.
business suitsut urusanKesenianTiadaSut lelaki yang konservatif dari segi stail dan warna, sesuai untuk pakaian siang atau majlis rasmi, berbeza dengan sut sukan, yang dibuat daripada fabrik genggang dan berwarna terang, sama ada berbres tunggal atau tuber.
lounge suitsut urusanKesenianTiadaSut lelaki yang konservatif dari segi stail dan warna, sesuai untuk pakaian siang atau majlis rasmi. Ia berbeza dengan sut sukan yang dibuat daripada fabrik genggang dan berwarna terang, sama ada berbres tunggal atau dubel.
diminishing marginal productivitydaya pengeluaran sut berkuranganEkonomiTiadaDaya pengeluaran sut yang makin berkurangan apabila bilangan input berubah terus ditambah kepada satu input tetap. Lihat juga daya pengeluaran sut dan hukum pulangan berkurangan.
neoclassical economicsekonomi neoklasikEkonomiTiadaKajian ekonomi yang menentukan peletakan harga berdasarkan pendekatan utiliti sut dan daya pengeluaran sut dalam pasaran persaingan. Analisis ekonomi neoklasik tertumpu pada gelagat unit-unit individu ekonomi, sama ada pengguna atau firma, dan bagaimana keputusan yang dibuat oleh unit-unit ini mempengaruhi pasaran. Dalam analisis tersebut, pengaruh institusi sama ada dari segi politik atau sosial, selalunya diabaikan. Lihat juga mazhab neoklasik.
suitsutKesenianTiada1. Pakaian yang terdiri daripada dua atau tiga kombinasi yang sedondon atau kontra yang dicipta untuk dipakai bersama atau selengkapnya.,2. Sut wanita umpamanya terdiri daripada skirt dan jaket serta rompi atau blaus dan seluar.,3. Sut lelaki yang lazimnya terdiri daripada selurr dan jaket sama ada berbres dubel atau tunggal dan adakalanya termasuk rompi.
12345678910...

Kembali ke atas