Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1. sj benang yg lembut dan halus yg didapati drpd sj ulat; ulat ~ sj ulat rama-rama Bombyx mori yg mengeluarkan benang sutera; 2. kain atau cita yg dibuat drpd benang sutera; ~ kembang sutera yg bersulam; ~ buatan = ~ tiruan sutera yg dibuat secara kimia; jual ~, beli mastuli prb kehilangan yg ber­harga, mendapat yg lebih baik (lebih berharga); spt ~ dlm lukisan prb sesuatu yg sudah bagus beroleh darjat atau tempat yg bagus pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1 = benang ~ benang lembut lagi halus yg diperoleh dr sj ulat. 2 kain yg dibuat drpd benang sutera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sutera

Puisi
 

Sutera ini sutera gulungan,
     Sutera perajut kaca;
Suratku ini surat kiriman,
     Dendam rindu boleh dibaca.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
silk-screen framepemidang saring suteraKesenianTiadaBingkai yang direntang dengan sutera dalam proses saring sutera.
daryasutera dariaKesenianTiadaFabrik sutera berwarna asli daripada kepompong sutera liar yang terdapat di India.
wild silksutera liarKesenianTiadaGentian sutera yang didapati daripada kokun ulat sutera yang memakan daun selain daripada pokok mulberi.
sericultureserikulturGeografiTiadaPemeliharaan ulat sutera untuk menghasilkan sutera.
bastelumur; sutera ChinaKesenianTiada1. Sutera China:Istilah Belgium yang merujuk kepada kain sutera China.
foulardfabrik fulardKesenianTiadaFabrik sutera rayon atau fabrik sutera asetat yang lembut, ringan, bertenun kelarai, dan permukaannya dicetak dengan motif-motif kecil untuk kegunaan skarf, tali leher, baju dan lain-lain.
foulardfabrik fulardPentadbiran PerniagaanTiadaFabrik sutera rayon atau fabrik sutera asetat yang lembut, ringan, bertenun kelarai, dan permukaannya dicetak dengan motif-motif kecil untuk kegunaan skarf, tali leher, baju dan lain-lain.
surah (fabric)surah (fabrik)KesenianTiadaFabrik halus dan nipis yang diperbuat daripada gentian sutera atau gentian buatan sutera sintetik, bertenun kelarai. Biasanya digunakan untuk membuat tali leher, mufla-blaus dan gaun.
blyatsutera bliatKesenianTiadaFabrik sutera bermutu tinggi. Ia digunakan untuk membuat pakaian pada Zaman Pertengahan.
artificial silksutera tiruanFizikTiadaSutera buatan manusia yang dibuat daripada bahan sintetik.
12345678910...

Kembali ke atas