Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.ha.dan] | شهدان

Definisi : kata yg biasa dipakai pd permulaan cerita atau bab, selanjutnya ..., lalu ...: ~ datanglah kpd suatu hari, maka gajah itu pun sampailah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ha.dan] | شهدان

Definisi : kata yg biasanya digunakan pd permulaan cerita atau bab; se­lanjutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syahadan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, kata-kata pembuka cerita seperti syahadan, sebermula dan alkisah boleh digunakan dalam karangan zaman ini tak? Tuan sila lihat ayat-ayat yang telah saya bina, tengok betul tak ayat saya: 1. Alkisah terdapat seorang pemabuk yang terlanggar oleh kereta semalam. 2. Syahadan dia ditangkap oleh guru disiplin oleh memakai (menggunakan) telefon bimbit di sekolah. 3. Sebermula orang itu pun segera memalu (memukul) meja maka (lalu) meninggalkan bilik mesyuarat itu. Saya difahamkan oleh Kamus Dewan bahawa kata-kata seperti alkisah, sebermula dan syahadan digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Jadi bolehkah perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam ayat yang telah saya bina?Perkataan syahadan, sebermula dan alkisah digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Oleh itu, contoh ayat yang tuan berikan di atas adalah betul penggunaannya. Biasanya, perkataan tersebut digunakan dalam penulisan buku sastera.Sastera07.12.2014
Tuan,mohon jawapan tuan adakah penggunaan di bawah konteks ini betul.ini konteks yang sediakan kepada cikgu saya.saya mahu penggunaan bahasa ini betul kerana itulah jasa saya kepada cikgu.tolong. Bahasa melayu kaya dengan ayat dan imbuhan.pada masa yang sama,penutur bahasa melayu menggunakan keindahan bahasa secara betul ia kerana itulah pengorbanan mereke pada bahasa Melayu.Syahadan saya juga menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu suguz yang berjaya berkecimpung bidang perguruan selama-lamanya sehingga 20 tahun habis dengan pengalaman manis adapun sebarang peristiwa pahit kata orang tua-tua tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.Saya juga berharap bahawa,anda sudah memanfaatkan cetusan ilmu sebaik-baiknya dibekalkan kepada sebanyak 100 000 pelajar yang hendak belajar kepada cikgu.jutaan terima kasih yang kehormat cikgu suguz.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Penutur bahasa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu  Suguz atas jasa dan bakti dalam mencurahkan ilmu kepada saya. Cikgu Suguz yang telah berkecimpung dalam bidang perguruan selama 20 tahun telah  mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan seperti  kata orang tua-tua, tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.  Saya amat menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh cikgu. Saya juga berharap, pelajar-pelajar lain juga mendapat manfaat sebaik-baiknya. Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada Cikgu Suguz.

Tatabahasa20.06.2018
Selamat sejahtera. Boleh Tuan/Puan bantu tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat klasik? Terima kasih. Hutang nyawa, harus dibayar dengan nyawa. Beta akan pastikan Gapura Ilmu menjadi padang jarak padang tekukur. Bersiap sedia untuk menggembleng tenaga melawan angkatan tentera beta yang gagah perkasa. Jikalau Gapura Ilmi punya muallim, Jentayu Emas punya lebih dari itu. Jikalau Gapura Ilmi mempunyai kota yang menempatkan sebuah markas tentera, Jentayu Emas tidak hairan akan itu. Hantarlah selautan tentera sekalipun, tentera beta tidak akan dapat ditewaskan. Sultan negara tuan hamba saja sudah mangkat dibunuh beta, bahkan putera mahkotanya jua. Adapun jika tuan hamba tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai panglima, letak saja jawatan itu. Tak usah memalukan nama negara tuan hamba yang kononnya gah di mata dunia itu.

Untuk makluman tuan, DBP tidak melaksanakan fungsi terjemahan dalam bahasa asing termasuklah bahasa klasik. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang telah merakamkan entri bahasa klasik dengan label kependekan kl seperti arakian yang bermaksud sesudah dan selepas itu dan syahadan yang digunakan pada permulaan cerita yang membawa maksud selanjutnya. Tuan juga boleh merujuk buku-buku terbitan DBP seperti Siri Warisan Sastera Klasik: Hikayat Ular Nangkawang, Hikayat Asal Mulanya Wayang, Hikayat Malim Deman dan lain-lain untuk rujukan bentuk penulisan bahasa klasik yang bersesuaian.

Sastera24.12.2023

Kembali ke atas