Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya/]/[syak] | شک

Definisi : rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dsb; menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai; tidak ~ lagi yakin benar, tentu; ~ hati kurang percaya, curiga; ~ sangka = ~ wasangka rasa tidak percaya, sangsi; ~ walang susah hati, khuatir; ~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah prb jangan banyak sangka, bekerja dgn yakin kerana dgn keyakinan sahaja maksud akan tercapai; mengesyaki 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2. menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya/]/[syak] | شک

Definisi : perasaan kurang percaya; waswas; curiga: tidak ~ lagi yakin benar; percaya benar. mengesyaki 1 menaruh syak terhadap; berasa sangsi ttg: Jangan saudara mudah ~ sesuatu. 2 menyangka; menduga: Saya tidak ~ kamu yg melakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syak
Rujuk :curiga

Peribahasa

Bagaimana hari takkan hujan,
     katak betung dalam telaga berteriak selalu.

Bermaksud :

Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grave suspicionsyak kuatUndang-undangTiadaTiada
naivenaifKesusasteraanTiadaSifat yang seadanya diberikan pada bentuk yang memperlihatkan sikap jujur, bersahaja, tidak menaruh syak wasangka dan lurus serta berterus terang.
paranoid personality disordergangguan personaliti paranoidPerubatanPsikiatriGangguan mental yang dicirikan oleh paranoid dan pervasif, rasa tidak percaya dan syak terhadap orang lain.
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.
ego integrityintegriti egoPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mengharmonikan personaliti individu supaya kesihatan atau kesejahteraan diperoleh secara holistik. Integriti ego dinyatakan dalam teori perkembangan personaliti Erikson, iaitu tahap integriti ego berlawanan dengan kekecewaan. Menurut beliau, jika tahap ini tidak dicapai, maka individu tersebut akan bersikap syak wasangka terhadap individu lain.
five-factor model of personalitymodel personaliti lima faktorPsikologiPsikologi UmumModel yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut.
mens reamens reaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaElemen mental yang diperlukan bagi sesuatu jenayah. Elemen ini boleh dalam bentuk niat jahat bagi melakukan sesuatu perbuatan atau menghasilkan satu kesan, atau boleh juga dalam bentuk kecuaian sehingga terhasil sesuatu perbuatan ataupun kesan. Niat merupakan keadaan mental individu yang dapat disimpulkan berdasarkan perbuatan individu itu. Contohnya, niat membunuh dapat disimpulkan daripada keadaan kecederaan yang ditanggung oleh mangsa. Apabila seseorang tertuduh menikam dengan senjata tajam ke bahagian perut seseorang dengan kekuatan yang mencukupi bagi menembusi perut dan organ dalaman, tidak syak lagi bahawa beliau sebenarnya berniat menyebabkan kecederaaan yang biasanya boleh membawa maut kepada mangsa. Terdapat anggapan di sisi undang-undang bahawa mens rea merupakan elemen utama dalam setiap kesalahan jenayah yang hanya boleh diketepikan oleh peruntukan-peruntukan statut atau perkara-perkara pokok yang berkaitan. Mens rea berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud niat yang salah.
intentional fallacykekeliruan hasratKesusasteraanTiadaKonsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri.

Kembali ke atas