Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.ra.han] | شرحن

Definisi : ark penerbitan (surat khabar, majalah, dll), terbitan: akhbar ~ pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ra.han] | شرحن

Definisi : 1. ceramah, pidato, ucapan: ia men­dengar ~ gurunya dgn tekun; 2. pelajaran yg diberikan di universiti, kuliah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ra.han] | شرحن

Definisi : ceramah, pidato; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ra.han] | شرحن

Definisi : 1 ucapan yg diberikan: Dia mendengar ~ wakil rakyat itu dgn teliti. 2 pelajaran yg diberikan di universiti-universiti; kuliah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarah
Kata Terbitan : bersyarah, syarahan, pensyarah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inaugural lecture (university)syarahan pengukuhan (universiti)SejarahTiadaTiada
inaugural poempuisi inugeralKesusasteraanTiadaSyarahan atau ucapan yang disampaikan dalam bentuk puisi pada majlis pengiktirafan. Contoh: Pengucapan Kemala dalam Majlis Penganugerahan Sastera Negara.
e-lecturee-kuliahTeknologi Maklumate-PembelajaranSyarahan dalam talian yang disampaikan menerusi Internet dan dirakam bagi tujuan ulang siar atau ulang lihat.
audiolectureaudiokuliahTeknologi Maklumate-PembelajaranBahan pembelajaran berbentuk audio hasil daripada proses rakaman dan pengarkiban kandungan kuliah, syarahan, persidangan atau seminar. Lihat juga siar pod, webinar.
auditory learnerpelajar auditoriTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang selesa dengan kaedah pengajaran melalui pendengaran dan percakapan seperti membaca dengan kuat, mendengar rakaman suara, mendengar syarahan atau kuliah, mendengar muzik dan lain-lain. Banding pelajar kinestatik, pelajar visual.
Islamic Chamber of Commerce and Industry (ICCI)Dewan Perniagaan dan Industri Islam (ICCI)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi sekutu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan, perusahaan dan kraftangan antara negara anggota. Institusi ini juga membuat cadangan bagi melindungi kepentingan ekonomi dan kegiatan perniagaan dunia Islam serta menggalakkan kerjasama antara dewan perniagaan Islam, dan pertubuhan perniagaan, perusahaan dan pertanian antarabangsa lain. Antara matlamat lain adalah menganjurkan pesta perdagangan, pameran, seminar dan syarahan, menggalakkan peluang pelaburan dan usaha sama, menyediakan proses timbang tara bagi menyelesaikan pertikaian perniagaan dan perusahaan serta menggalakkan pertukaran maklumat perniagaan, teknikal, perusahaan, serta pengurusan dan saintifik antara negara anggota.
exemplumcerita moralKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral.

Kembali ke atas