Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.ri.kat] | شريکت

Definisi : 1. persekutuan, perkumpulan, ga­bungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi per­usahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), per­kongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd mo­dalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. perse­kutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik­-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemu­dahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, ter­utamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi­nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau meng­hasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa per­usahaan (spt pembuatan barang, pengen­dalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; bersyarikat 1. bersama-sama (bersatu, ber­muafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dll); 2. bersekutu, berkawan, bersahabat; mensyarikati ark bersyarikat dgn, ikut serta, bersama-sama (dlm kesusahan dll); mensyarikatkan; ~ Allah menganggap Allah tidak esa (lebih drpd satu); persyarikatan 1. persekutuan, perhim­punan, perkumpulan, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. = ~ dagang Id per­kongsian (dlm perniagaan); ~ Malaysia konsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan mem­beri lebih banyak sumbangan kpd pem­bangunan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ri.kat] | شريکت

Definisi : 1 apa-apa yg menjadi teman atau sekutu kpd yg lain; kawan; rakan: Allah hanya satu, tiada ~ bagi-Nya. 2 badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; firma: Ahmad bekerja sbg Pegawai Pemasaran di sebuah ~ tempatan. ~ berhad badan perniagaan yg tanggungan pemiliknya terhad kpd jumlah modal yg dimilikinya saja. ~ kerjasama badan yg mengusahakan sesuatu utk kepentingan ahli-ahlinya. ~ multinasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara. bersyarikat 1 ada syarikatnya; bersekutu. 2 bersama-sama mengerjakan sesuatu; bersatu. men­syarikatkan 1 mengadakan se­­­­­­kutu pd: Berdosa jika ~ Allah. 2 me­nubuhkan syarikat; menjadikan sbg syarikat. persyarikatan perbuatan atau hal bersyarikat; persatuan. pen­­­syarikatan perbuatan atau hal men­syarikatkan; penubuhan syarikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYARIKAT PEMEGANGAN

Syarikat pemegangan ialah mana-mana

syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti

yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di

dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk

mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan

boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan

boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan.

Syarikat yang di bawah kawalan syarikat

pemegangan disebut syarikat subsidiari.

UMUM 
SEARS, ROEBUCK AND COMPANY

Sears, Roebuck and Company ialah syarikat

perniagaan runcit yang terbesar di dunia.

Kumpulan perdagangannya menjalankan kira-kira

800 buah gedung serbaneka dan hampir 2400

pusat jualan melalui katalog di seluruh Amerika

Syarikat. Syarikat bersekutunya menjalankan lebih

daripada 100 gedung Sears di Kanada dan Mexico.

UMUM 
SYARIKAT HINDIA TIMUR

Syarikat Hindia Timur ialah nama bagi

beberapa buah syarikat Eropah yang mengawal

perdagangan dengan India dan Timur Jauh pada

tahun 1600-an. Syarikat Hindia Timur merupakan

syarikat swasta yang diberi piagam oleh kerajaan

Britain (kini dikenali United Kingdom), Belanda,

Denmark, dan Perancis.

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT, SEJARAH

Sejarah Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, Sejarah. Sejarah Amerika

Syarikat ialah kisah negara besar yang dibina

daripada belantara oleh penduduk yang berani dan

cintakan kebebasan. Penduduk lelaki dan wanita yang

membina negara Amerika Syarikat berasal dari

hampir segenap pelosok dunia. Mereka mewakili

pelbagai bangsa dan agama.

UMUM 
SURAT KREDIT

Surat kredit dikeluarkan oleh sesebuah bank,

mengizinkan seseorang individu, firma perniagaan

atau pihak tertentu untuk mengeluarkan sejumlah

wang yang dinyatakan atas nama bank berkenaan.

Surat ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat

untuk membiayai pergerakan barangan antara

negara-negara. Ia juga digunakan oleh para

pengembara.

UMUM 
SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA

Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan

syarikat perniagaan yang berkuasa yang membantu

menubuhkan pemerintahan Belanda di Indonesia.

Pada tahun 1602, kerajaan Belanda memberikan

syarikat ini taraf monopoli dalam perdagangan antara

Asia dengan Belanda. Syarikat ini juga memperoleh

kuasa yang luas dalam aspek pemerintahan dan

ketenteraan, termasuklah hak untuk memerintah dan

melakukan peperangan di Asia.

UMUM 
SYARIKAT SAHAM BERSAMA

Syarikat saham bersama ialah satu bentuk

organisasi perniagaan yang memperoleh dana

melalui penjualan stok saham (modal syarikat)

kepada sekumpulan individu bagi menjalankan

perniagaan. Syarikat ini banyak ditubuhkan pada

tahun 1600-an dan tahun 1700-an ialah pelopor

syarikat dan perbadanan moden yang terdapat pada

hari ini (lihat Perbadanan; Syarikat).

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT, ANGKATAN BERSENJATA

Amerika Syarikat, Angkatan bersenjata.

Angkatan bersenjata Amerika Syarikat ialah angkatan

bersenjata yang paling berkuasa di dunia. Ia

disanjung tinggi oleh rakyat Amerika semenjak

Amerika Syarikat mengisytiharkan kemerdekaannya

pada tahun 1776. Perkhidmatan ketenteraan Amerika

Syarikat berpecah semasa Perang Saudara Amerika

(1861–1865), tetapi semenjak itu ia telah menyediakan

pasukan pertahanan yang kuat dan pasukan

penyerang yang hebat bagi menentang musuh.

UMUM 
SYARIKAT

Syarikat ialah perusahaan perniagaan tempat

manusia bekerja bersama-sama untuk tujuan

pengilangan, pembelian, atau tempat penjualan

barangan, atau tempat penyediaan perkhidmatan.

Hampir di kesemua negara, ada akta syarikat,

undang-undang yang mengawal syarikat untuk

memastikannya menjalankan perniagaan dengan

cara yang betul. Umumnya, akta syarikat

mendorong manusia yang mahu memulakan

syarikat membuat permohonan formal. Jika

permohonan diterima, syarikat akan didaftarkan di

pejabat kerajaan.

UMUM 
STOK DAN SAHAM

Stok dan saham merupakan hak pemilikan di

dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat

mempunyai satu stok yang dibahagi kepada

beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh

orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang

saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat

dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat

dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan.

Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada

perjanjian jangka panjang dalam membuat

pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat

besar, yang tidak melibatkan hak milik.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas