Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.ri.kat] | شريکت

Definisi : 1. persekutuan, perkumpulan, ga­bungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi per­usahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), per­kongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd mo­dalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. perse­kutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik­-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemu­dahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, ter­utamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi­nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau meng­hasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa per­usahaan (spt pembuatan barang, pengen­dalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; bersyarikat 1. bersama-sama (bersatu, ber­muafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dll); 2. bersekutu, berkawan, bersahabat; mensyarikati ark bersyarikat dgn, ikut serta, bersama-sama (dlm kesusahan dll); mensyarikatkan; ~ Allah menganggap Allah tidak esa (lebih drpd satu); persyarikatan 1. persekutuan, perhim­punan, perkumpulan, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. = ~ dagang Id per­kongsian (dlm perniagaan); ~ Malaysia konsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan mem­beri lebih banyak sumbangan kpd pem­bangunan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ri.kat] | شريکت

Definisi : 1 apa-apa yg menjadi teman atau sekutu kpd yg lain; kawan; rakan: Allah hanya satu, tiada ~ bagi-Nya. 2 badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; firma: Ahmad bekerja sbg Pegawai Pemasaran di sebuah ~ tempatan. ~ berhad badan perniagaan yg tanggungan pemiliknya terhad kpd jumlah modal yg dimilikinya saja. ~ kerjasama badan yg mengusahakan sesuatu utk kepentingan ahli-ahlinya. ~ multinasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara. bersyarikat 1 ada syarikatnya; bersekutu. 2 bersama-sama mengerjakan sesuatu; bersatu. men­syarikatkan 1 mengadakan se­­­­­­kutu pd: Berdosa jika ~ Allah. 2 me­nubuhkan syarikat; menjadikan sbg syarikat. persyarikatan perbuatan atau hal bersyarikat; persatuan. pen­­­syarikatan perbuatan atau hal men­syarikatkan; penubuhan syarikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
80 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 32 kitaran penyulitan. Oleh sebab saiz kekunci yang lebih besar dan kitaran penyulitan yang lebih banyak, Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas algoritma ini mendakwa bahawa keselamatan algoritma ini lebih kukuh berbanding algoritma DES. Walau bagaimanapun, ciri algoritma ini dirahsiakan oleh NSA dan hingga kini hanya wujud dalam sesuai untuk operasi yang mudah seperti cabar-sahut dan beberapa tugas pengurusan kekunci. Buku Kuning (Ig. Yellow Book; Br. Buku Kuning; Id. Buku Kuning) Buku panduan terbitan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menerangkan cara untuk memperoleh tahap pencapaian Kriteria Penilaian Sistem Komputer Terpercaya (TCSEC) bagi Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 18 6/6/11 4:01:31 PM 19 bukti konsep

Kembali ke atas