Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.ri.kat] | شريکت

Definisi : 1. persekutuan, perkumpulan, ga­bungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi per­usahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), per­kongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd mo­dalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. perse­kutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik­-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemu­dahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, ter­utamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi­nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau meng­hasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa per­usahaan (spt pembuatan barang, pengen­dalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; bersyarikat 1. bersama-sama (bersatu, ber­muafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dll); 2. bersekutu, berkawan, bersahabat; mensyarikati ark bersyarikat dgn, ikut serta, bersama-sama (dlm kesusahan dll); mensyarikatkan; ~ Allah menganggap Allah tidak esa (lebih drpd satu); persyarikatan 1. persekutuan, perhim­punan, perkumpulan, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. = ~ dagang Id per­kongsian (dlm perniagaan); ~ Malaysia konsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan mem­beri lebih banyak sumbangan kpd pem­bangunan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ri.kat] | شريکت

Definisi : 1 apa-apa yg menjadi teman atau sekutu kpd yg lain; kawan; rakan: Allah hanya satu, tiada ~ bagi-Nya. 2 badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; firma: Ahmad bekerja sbg Pegawai Pemasaran di sebuah ~ tempatan. ~ berhad badan perniagaan yg tanggungan pemiliknya terhad kpd jumlah modal yg dimilikinya saja. ~ kerjasama badan yg mengusahakan sesuatu utk kepentingan ahli-ahlinya. ~ multinasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara. bersyarikat 1 ada syarikatnya; bersekutu. 2 bersama-sama mengerjakan sesuatu; bersatu. men­syarikatkan 1 mengadakan se­­­­­­kutu pd: Berdosa jika ~ Allah. 2 me­nubuhkan syarikat; menjadikan sbg syarikat. persyarikatan perbuatan atau hal bersyarikat; persatuan. pen­­­syarikatan perbuatan atau hal men­syarikatkan; penubuhan syarikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intercompany pricingharga antara syarikatPentadbiran PerniagaanTiadaHarga yang dikenakan dalam urus niaga antara syarikat-syarikat dalam kumpulan syarikat yang sama.
associate companysyarikat sekutuPentadbiran PerniagaanTiadaSyarikat yang kepentingannya dimiliki oleh syarikat-syarikat sekutu lain dengan memegang tidak lebih daripada 50% dan sekurang-kurang 20% kepentingannya.
holding companysyarikat induk; syarikat pemegangPentadbiran PerniagaanTiada1. Syarikat induk: Syarikat yang memegang lebih daripada 50% saham undi dalam sesuatu syarikat lain.
corporate sectorsektor korporatEkonomiTiadaBahagian ekonomi dalam negara yang dikendalikan oleh perbadanan-perbadanan atau syarikat-syarikat berhad milik swasta atau awam, tetapi tidak termasuk syarikat sendirian berhad dan lain-lain.
main boardpapan utamaPentadbiran PerniagaanTiadaSenarai utama yang menyenaraikan syarikat-syarikat yang diperdagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur.
institute clausefasal institutPentadbiran PerniagaanTiadaFasal yang diluluskan oleh suatu jawatankuasa syarikat-syarikat insurans di London dan pengunderait Lloyd sebagai standard yang digunakan dalam pasaran insurans marin, dan dikeluarkan oleh Institute of London Underwriters.
Pioneer Industries Ordinance 1957Ordinan Industri Perintis 1957EkonomiTiadaUndang-undang yang membolehkan syarikat-syarikat diberi insentif taraf perintis sebagai satu langkah untuk menggalakkan pembangunan industri baru dalam negara. Ordinan ini telah dimansuhkan pada tahun 1968 dan digantikan dengan akta lain.
market letterberita pasaranPentadbiran PerniagaanTiadaPenerbitan yang melaporkan prestasi pasaran, industri atau syarikat-syarikat tertentu.
assigned riskrisiko teruntukPentadbiran PerniagaanTiadaRisiko yang biasanya tidak boleh diterima oleh syarikat insurans tetapi oleh kerana peruntukan undang-undang ia perlu dikendalikan oleh gemblengan syarikat-syarikat insurans dan diserahkan kepada syarikat mengikut giliran.
automobile assigned risk planpelan risiko teruntuk automobilPentadbiran PerniagaanTiadaMerupakan persetujuan secara sukarela antara syarikat-syarikat insurans untuk menerima mereka yang tidak berupaya mendapatkan perlindungan insurans dalam pasaran biasa.
12345678910...

Kembali ke atas