Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA (PERODUA)

Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)

ialah pengeluar kereta nasional yang kedua.

PERODUA ditubuhkan pada tahun 1993. Syarikat

PERODUA mengandungi Perodua sebagai syarikat

induk, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai

pengilang dan Perodua Sales Sdn. Bhd. sebagai

syarikat pengedar dan penjual.

UMUM 
TAKONIT

Takonit ialah batu keras yang mengandungi

lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk

halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya

terdiri daripada mineral yang dinamakan chert .

Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di

Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan

induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih

besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi

yang penting ini berada bertaburan dalam

kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer

dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi

dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida

hitam magnetit atau batu magnet dan oksida

merah hematit .

UMUM 

Kembali ke atas