Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®sayid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syed


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kepada panggilan nama Syed di dalam tulisan..Samada Tuan Syed atau Encik Syed. Terima kasih.Sapaan lisan kepada orang yang disapa seperti syed ialah tuan syed. Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat.Istilah19.09.2015
dimanakah saya boleh dapatkan profil Dato' Syed Alwi dan Datuk Syed Ahmad Jamal?Profil Dato' Syed Alwi boleh dirujuk pada buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga terbitan DBP, 2005 manakala profil Datuk Syed Ahmad Jamal (penerima anugerah Seniman Negara) bolehlah dirujuk ke Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KPKKW). Sekian.   Lain-lain15.08.2008
Gelaran untuk perkataan awalan bagi syed, raja dan sebagainya.Sapaan lisan kepada orang yang disapa seperti syed ialah tuan syed, manakala bagi raja disapa dengan gelaran tuanku. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa, terbitan DBP. Istilah18.02.2010
Syed Amrun Jun 24th, 7:58am nak tanya jawatan pelaksana tugasnya macamneMohon jasa baik tuan dapatkan maklumat melalui http://prpm.dbp.gov.my untuk memahaminya dengan lebih lanjut. Dapatan kami ialah orang (badan dsb) yg melaksana­kan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. Terima kasih.Lain-lain24.06.2015
BOLEHKAN SAYA MENDAPAT TAHU PANGGILAN UNTUK SESEORANG YANG MEMPUNYAI NAMA SYED ? JIKA SESEORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI NAMA SYED ADALAH ENCIK, MAKA ADAKAH SYED PERLU MELETAKKAN PANGGILAN TUAN DI HADAPAN DI DALAM SURAT MENYURAT RASMI ?

Pengirim surat hendaklah menyapa orang yang mempunyai gelaran syed dengan sapaan tuan dalam kandungan surat manakala sapaan encik pula perlu digunakan pada bahagian nama dan alamat penerima surat tersebut. Terima kasih.   

Tatabahasa09.01.2009
Boleh saya tahu latarbelakang tokoh DBP Tun Dr. Tun Syed Nasir?Tun Syed Nasir lahir di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan menerima pendidikan awal di sekolah Inggeris kerajaan di Batu Pahat. Beliau dilantik menjadi Pegawai Pelajaran Melayu Persekutuan pada Februari 1956 dan kemudiannya menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957, menggantikan tempat Prof. Ungku Aziz. Antara jasa beliau adalah menerajui DBP dalam pertemuan penyamaan ejaan Malaya - Indonesia dan pengasas Bulan Bahasa Kebangsaan. Atas jasa sebagai pejuang bahasa kebangsaan beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktpr Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jun 1978. Beliau kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 1982Lain-lain12.04.2007
Penggunaan Kata Nama Khas surat rasmi Sekiranya nama seseorang individu itu pangkalnya adalah Syeikh @ Syed. Adakah didalam surat rasmi adalah seperti berikut? Cthnya adalah : Betul: Tuan Syeikh @ Tuan Syed Salah : Encik Syeikh @ Encik Syed Terima kasihKata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya.Tatabahasa08.12.2013
Mohd. Syed Alwi ISN 7.23 PTG di mana nak dapat senarai 140 istilah yang baru diumumkan?Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya.Lain-lain21.08.2017
Mohon pencerahan, adakah semua Tengku, Ku, Engku, Syed dikira sebagai kerabat diraja? atau mereka perlu mendaftar sebagai ahli persatuan dan mendapat kad keahlian bagi mendapatkan taraf kerabat diraja?Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku); dan Ku ialah kependekan kepada Tengku. Maka, semua gelaran tersebut ialah kerabat diraja.Tatabahasa26.02.2014
asas sain sosial,definisi sosiologi,jenis kelompok, struktur kelompok,dyad,triad dan tekanan dalam kelompok.

Sdr Fatin,

Sila sdr merujuk buku ini:

TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN | |TERPERINCI

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Syed">Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1998 | 302.23072 Sye | Terperinci

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Syed">Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1992 | 302.23072 Ara | Terperinci

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Syed">Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2002 | 302.23072 Sye |

 

 

Lain-lain23.01.2008
123456

Kembali ke atas