Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syér] | شير

Definisi : (syér) bahagian dlm modal sesuatu pernia­gaan, saham, sero: syarikat itu mengeluarkan ~ utk mendapat modal; ~ kosong bp syer yg diberikan kpd seseorang dgn tidak membayar harganya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syér] | شير

Definisi : /syér/ bahagian drpd modal se­suatu badan perniagaan; saham. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syer (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan saham, stok, sekuriti, sero.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Shares allotted dalam bahasa melayu. Adakah sama maknanya dengan Saham yang ditawarkangPadanan bahasa Melayu bagi istilah  "share allotment" ialah perumpukan syer, oleh itu "shares alloted" ialah syer yang diperumpukkan (syer yang ditimbunkan).Istilah12.11.2009
Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinikApakaha pemenggalan suku kata perkataan:
1) syak - 1 suku kata  (tiada pemenggalan)
2) syampu - 2 suku kata [syam + pu]    
3) syabas  - 2 suku kata [sya + bas]
4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an]
5) syiling - 2 suku kata [syi + ling]
 6) syarikat  - 3 suku kata [sya + ri +kat]
7) syer  - 1 suku kata (tiada pemenggalan)
8) khabar  - 2 suku kata [kha + bar]
9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah]
 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah]
11) klinik - 2 suku kata [kli + nik]
Tatabahasa07.06.2017
(18) Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11) meletakhakkan apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik, pada penerima pindahan— (a) Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu berada di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan subseksyen 420(2), (3) dan (4) Kanun Tanah Negara; Soalan: mohon bantuan untuk penggunaan perkataan yang tepat sama ada perkataan "hakmilik" atau "hak milik".

Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah diwartakan. "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum.

Ejaan08.10.2021
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah berikut: >> book building - proses menentukan harga bagi sesuatu terbitan instrumen pelaburan berdasarkan minat dan permintaan pelabur (harga yang sanggup dibayar untuk sejumlah syer)Cadangan yang dapat diberikan bagi terjemahan "book building" ialah runding niaga.Penyemakan dan penterjemahan15.09.2015
Saya ingin bertanya mengenai maksud perkataan 'asset-backed sukuk' menurut pengertian dpb/prpm. Saya telah cuba mencari perkataan tersebut dalam 'carian kata' namun tidak ditemui. terima kasihAsset-backed sukuk ialah sukuk bersandarkan aset. Sukuk ialah sijil yang menunjukkan pemilikan atau hak tuntutan perolehan yang berasaskan syariah. Pemegang sijil boleh memiliki aset yang nyata dalam bentuk syer harta atau syer usaha niaga mengikut kadar tertentu.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web www.sukuk.me, www.arabianbussiness.com, atau www.mifc.com. Istilah10.06.2011

Kembali ke atas