Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syor] | شور

Definisi : cadangan, anjuran, nasihat, petunjuk, sa­ran: cadangan atau ~ yg terbaik akan dikira menang; mengesyorkan mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyaran­kan: dia ~ kpd peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syor] | شور

Definisi : apa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dpt diterima. mengesyorkan mengemukakan se­suatu utk diterima dll; menganjurkan; mengusulkan: Dia ~ supaya singkatan MAL itu ditukar menjadi MAS. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syor
Rujuk :cadang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recommendationsyor; pengesyoranPertanianTiadaTiada
recommendationsyor; pengesyoranPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
recommendationsyor; pengesyoranUndang-undangTiadaTiada
fertilizer recommendationsyor pembajaanPertanianTiadaTiada
preliminary proposalsyor awalKomunikasiKorporatKertas cadangan yang mengandungi maklumat ringkas dan lengkap mengenai sesuatu cadangan penerbitan. Kertas ini akan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab yang menerbitkan bahan penerbitan seperti iklan, pengumuman khidmat awam, dan video korporat. Tujuan penyediaan cadangan awal adalah untuk mendapatkan persetujuan menerbitkan sesuatu bahan penerbitan. Antara kandungan utamanya termasuklah konsep dan idea skrip, sinopsis, serta tujuan dan matlamat penerbitan. Selain itu, kertas cadangan juga mengandungi olahan skrip dan penyataan yang berkaitan dengan jangkaan kos penerbitan. Kepentingan kertas ini adalah untuk membantu penerbit membuat keputusan dan perancangan awal mengenai sesuatu projek penerbitan. Kertas ini juga boleh berfungsi sebagai dokumen penjelasan kepada penerbit untuk mendapatkan pembiayaan daripada agensi kewangan atau orang perseorangan.
field prescriptionpreskripsi ladangPertanianAgroteknologiKaedah membuat sesuatu syor tindakan berdasarkan cerapan yang dibuat di ladang tanpa memerlukan analisis di makmal. Contohnya, seorang pegawai pertanian memerhati warna daun tua tanaman menjadi kekuningan keseluruhannya dan membuat tafsiran bahawa tanaman itu kekurangan nitrogen. Tanpa menganalisis kandungan nitrogen di makmal, beliau membuat preskripsi ladang supaya baja nitrogen perlu ditambah.
local enquiry (election)siasatan tempatanUndang-undangTiadaSiasatan yang diadakan apabila diterima representasi daripada pihak-pihak tertentu yang membantah syor Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengubah mana-mana bahagian pilihan raya.
delimitation of constituencypersempadanan bahagian pilihan rayaUndang-undangTiadaPengubahan yang dibuat dalam pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.
shoulder notecatatan bahuKomunikasiTiadaUlasan, keterangan lanjutan atau rujukan yang diberikan di bahagian tepi penulisan yang berkenaan. Tujuannya ialah untuk menjelaskan perkara yang difikirkan perlu oleh penulis untuk diberi maklumat tambahan. Kadangkala, nota tepi ataupun catatan bahu ini juga mengemukakan syor tentang sesuatu perkara yang ditulis.
General Assembly (UNGA)Perhimpunan AgungUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu daripada lima organisasi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan satu-satunya organisasi pleno yang memberikan perwakilan sama rata kepada semua negara anggota. Perhimpunan Agung bertanggungjawab untuk membahaskan isu-isu antarabangsa, melantik anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dan mengemukakan syor dalam bentuk resolusi. Negara membangun yang kini merupakan majoriti dalam perhimpunan ini berupaya membawa suara yang dapat mempengaruhi sifat dan bentuk keputusan Perhimpunan Agung.
12

Kembali ke atas