Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.Öat]/[ta.Öat] | طاعة

Definisi : 1. sentiasa menurut perintah (Tuhan dll), tidak mengingkari (perintah dll), patuh: Pesuruh Allah menyeru manusia supaya mengenal Allah dan ~ kpd Allah; 2. kuat beribadat, soleh: isteriku ialah wanita yg ~ mengerjakan suruhan agama Islam;mentaati berlaku taat kpd, patuh kpd sese­orang atau sesuatu, tidak membantah akan, menurut (perintah, peraturan, dll): mereka akan ~ setiap keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu utk menyelesaikan masalah Malaysia; ketaatan 1. perihal taat, kepatuhan, kese­tiaan: mereka sibuk dgn ~ masing-masing kpd raja mereka; 2. kesungguhan hati ter­hadap agama, kesolehan;ketidaktaatan keadaan tidak taat: oleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.Öat]/[ta.Öat] | طاعة

Definisi : 1 sentiasa menurut perintah atau menurut suruhan; tidak mengingkari; patuh: Rakyat hendaklah ~ kpd peme­rintah. 2 = ~ setia tidak berlaku curang; jujur dan setia: Aku bertuah mendapat isteri yg ~ sptmu. mentaati tidak membantah akan perintah dll; mematuhi: Tiap-tiap orang Islam wajib ~ rukun Islam yg lima. ketaatan sifat atau keadaan taat; kepatuhan; kesetiaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taat (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan setia, patuh, akur, takwa, tawaduk, taslim, salih, pasrah, tunduk, tunak, patih;,
Kata Terbitan : mentaati, ketaatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
taat kepada Tuhan dan raja.adakah "taat " hanya digunakan untuk Tuhan dan raja? Taat dan setia kepada ibu dan bapa,adakah ayat ini betul? sayang akan/kepada anaknya? seorang orang tua / seorang tua? sepohon / sebatang pokok?Kesemuanya boleh digunakanTatabahasa16.10.2007
Apakah penggunaan kata sendi yang betul bagi ayat di bawah? 1. Dia taat pada suami. 2. Dia taat akan suami. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kedua-dua contoh ayat yang diberikan tidak sesuai penggunaan kata sendinya. Penggunaan kata sendi yang lebih tepat ialah "Dia taat kepada suami".Tatabahasa28.02.2015
Taat pada/kepada suruhan Allah.Taat kepada suruhan Allah.Tatabahasa19.04.2012
Bolehkah kita kata " taat kepada ibu bapa" ?Ayat "taat kepada ibu bapa" adalah betul tatabahasanya.Tatabahasa09.07.2014
Tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Merujuk kepada ayat di atas, bolehkah saya kata nilai murninya ialah " taat kepada ibu bapa " ?Soalan:
Tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Merujuk kepada ayat di atas, bolehkah saya kata nilai murninya ialah " taat kepada ibu bapa " ?
Jawapan: Boleh.
Lain-lain10.07.2014
Yang mana ayat yang betul antara "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua adik-beradik itu telah diajar supaya taat beragama" atau "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua beradik itu telah diajar supaya taat beragama"

Kedua-dua ayat contoh yang diberikan itu tidak tepat dari segi tatabahasa. Ayat tersebut tergantung, tiada subjek dan tidak lengkap.

Tatabahasa29.10.2009
Selamat sejahtera, saya ingin tanya tentang perkataan Bahasa Inggeris " filial ", adakah kita boleh menggunakan "taat kepada ibu bapa" bagi Bahasa Malaysia? terima kasihUntuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "filial" ialah filial. Dalam pangkalan data kami, terdapat istilah "filial piety" yang padanan bahasa Melayunya ialah taat ibu bapa.Istilah19.05.2013
saya Fateenee Sa-mae, belajar di Universiti fatoni kelas dasar ,ingin bertanya DBP perkataan taat atau taah dalam bahasa Melayu, perkataan ini berasal dari bahasa apa? dan apa maknanya?Data tentang etimologi kata tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan. Untuk makluman puan, secara umumnya kebanyakan kata yang mempunyai kaitan dengan laras agama berasal daripada bahasa Arab, begitulah juga dengan kata taat.Tatabahasa22.09.2014
COMPLIANT (DALAM KONTEKS AYAT - SYARIAH COMPLIANT)PATUH, TAATLain-lain08.04.2011
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI"

Saudara,

Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll);

Makna perkataan sejati:  asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna01.12.2009
123

Kembali ke atas