Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bar.ruk] | تبروک

Definisi : Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tabaruk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
‘aqd tabarru‘akad tabarukPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan antara dua pihak secara ihsan dan tanpa mengharapkan balasan. Contohnya, akad hibah, iaitu pemilik barang mendermakan barang miliknya kepada individu untuk kebajikan atau pemilik meminjamkan barang kepada peminjam tanpa mengharapkan sebarang balasan
participants special accountakaun khas pesertaEkonomiEkonomi IslamAkaun yang mengkreditkan peratusan tertentu daripada caruman peserta pelan takaful keluarga. Peratusan caruman peserta yang akan dikreditkan ke dalam akaun ini ditentukan mengikut prinsip aktuari. Akaun ini disediakan oleh syarikat pengendali takaful bagi tujuan tabaruk. Baki wang yang belum digunakan untuk tujuan tabaruk boleh dilaburkan untuk menghasilkan keuntungan.
takaful premiumcaruman takafulEkonomiEkonomi IslamWang yang disumbangkan oleh peserta kepada syarikat pengendali takaful melalui akaun peserta. Caruman ini akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pelaburan dan tabaruk. Peserta boleh membuat caruman sekali gus bagi takaful am dan secara berkala bagi takaful keluarga.
contract of takafulakad takafulEkonomiEkonomi IslamAkad antara peserta takaful dengan syarikat pengendali takaful yang membolehkan pihak terbabit berkongsi keuntungan dan saling menjamin atau saling memelihara dalam menghadapi musibah. Akad ini mengandungi akad mudarabah dan tabaruk yang dikendalikan oleh syarikat pengendali takaful. Hal ini bermakna peserta yang menyertai pelan dan skim takaful akan menyumbangkan caruman takaful untuk tujuan pelaburan dan membantu antara satu sama lain.
takaful operatorpengendali takafulEkonomiEkonomi IslamEntiti yang diberi kebenaran oleh bank pusat sesebuah negara untuk menjalankan perniagaan takaful. Pengendali takaful mengendalikan dua perkhidmatan utama, iaitu Pelan Takaful Keluarga dan Skim Takaful Am. Perkhidmatan tersebut ditawarkan berdasarkan akad mudarabah dan tabaruk. Pengendali takaful akan menguruskan semua caruman peserta melalui Kumpulan Wang Takaful. Di Malaysia, pengendali takaful boleh terdiri daripada syarikat atau koperasi yang didaftarkan melalui Akta Takaful 1984.
ithbat milkpenetapan milikPerniagaan IslamTiadaPenentuan milik yang diiktiraf sebagai hak individu atau entiti terhadap sesuatu harta, boleh bersifat pemilikan sempurna atau sebaliknya. Penetapan pemilikan sempurna adalah secara pembelian, penggantian, perniagaan serta pewarisan. Individu tersebut berhak menjual, melabur dan melakukan tabaruk. Manakala penetapan milik tidak sempurna pula ialah sewaan, pinjaman barang dan simpanan amanah.
aqd tamlikakad memberi milikPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak untuk memiliki harta. Sekiranya akad dilakukan dengan bayaran atau melibatkan pertukaran, akad ini dinamakan akad mu‘awadah. Contohnya, jual beli, sewaan atau tukaran wang. Sekiranya akad dilakukan tanpa bayaran atau melibatkan pertukaran, akad ini dinamakan akad tabaruk.
takaful provident fundkumpulan wang takafulEkonomiEkonomi IslamJumlah wang yang dikumpulkan daripada caruman takaful. Kumpulan wang takaful ini terdiri daripada dua jenis, iaitu kumpulan wang takaful keluarga dan kumpulan wang takaful am. Kumpulan wang takaful keluarga diperoleh sebahagian besarnya daripada akaun peserta dan bakinya daripada akaun khas peserta. Semua kumpulan wang takaful am pula diperoleh daripada caruman untuk skim takaful am. Kumpulan wang takaful ini digunakan untuk tujuan tabaruk dan pelaburan.
gamblingmaisirEkonomiEkonomi IslamUnsur perjudian dan pertaruhan yang terdapat dalam sesuatu akad atau kegiatan. Maisir terdapat dalam akad insurans kerana pembeli polisi dan pengendali insurans menerima pampasan dan keuntungan masing-masing berdasarkan nasib. Hal ini kerana pembeli polisi mencarum untuk mendapat pampasan yang tidak pasti. Syarikat pengendali insurans pula menanggung risiko dalam pembayaran pampasan tersebut. Maisir pula tidak wujud dalam akad takaful kerana peserta dan syarikat pengendali takaful tidak terlibat dengan unsur nasib. Hal ini kerana peserta takaful mencarum untuk tujuan tabaruk dan tidak mengharapkan pulangan yang tidak pasti. Syarikat pengendali takaful juga tidak menanggung risiko kerugian akibat ketidakpastian pembayaran pampasan kerana pampasan tersebut dibayar daripada kumpulan wang takaful.

Kembali ke atas