Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bi.Öi] | طبيعي

Definisi : Ar menurut sifat (keadaan, bentuk) kejadiannya; ilmu ~ ilmu fizik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bi.Öi] | طبيعي

Definisi : mengikut sifat (keadaan, pem­bawaan dll) yg asli atau yg semula jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabii (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan sifat semula jadi, sifat alamiah.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GALIANKajian tentang tabii dan kejadian mineral, iaitu sebahagian daripada bidang ilmu geologi.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
MUSLIM IBN ‘AQIL

Muslim ibn ‘Aqil, tabii yang cerdik, alim serta

berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn

‘Aqil ibn Abu Talib ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim.

Ketika al-Husayn ibn ‘Ali berhajat untuk keluar

menghadapi Yazid ibn Mu’awiyah, dia telah dihantar

oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk

meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn

menerima banyak surat yang menyerunya agar

datang ke Kufah untuk dibai’ah.

UMUM 
OKULTISME

Okultisme ialah istilah yang merujuk kepada

pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan

ilmu ghaib atau kuasa di luar dunia tabii. Okultisme

meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir, dan

spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang

mati berkomunikasi dengan orang yang hidup.

Orang yang mempercayai okultisme menganggap

bahawa ia berasaskan ilmu halus yang tidak

dimiliki oleh orang biasa.

UMUM 
EKSISTENSIALISME

Eksistensialisme ialah gerakan falsafah yang

berkembang di benua Eropah pada tahun 1800-

an dan 1900-an. Gerakan ini dikenali sebagai

eksistensialisme kerana pada dasarnya sebahagian

besar ahlinya berminat dengan tabii kewujudan,

atau ada. Istilah kewujudan biasanya bermaksud

kewujudan manusia.

UMUM 
MERTON, ROBERT KING

Merton, Robert King (1910–2003), ahli

sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana

menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan

kuantitatif (statistik).

Dalam bukunya Science, Technology and

Society in Seventeenth Century England (1938),

Merton membincangkan sumbangan kekuatan

budaya, ekonomi dan sosial kepada

perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan

bahawa ramai reformis Protestan, termasuk

golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung

telah menolong sains moden dengan

menggalakkan orang membuat kajian terhadap

alam tabii.

UMUM 
NOMBOR BULAT

Nombor bulat ialah nombor-nombor yang bermula dari 0, 1, 2, 3, 4, 5, ....  Set kepada semua nombor bulat boleh diwakili dengan simbol W = {0, 1, 2, 3, ...}.  Nombor bulat (1, 2, 3...) juga dikenali sebagai nombor pembilang, dan nombor tabii.

MATEMATIKKonsep

Kembali ke atas