Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bu] | تابو

Definisi : 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan? menabukan menganggap sbg pantang larang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bu] | تابو

Definisi : ~ kayu sj tumbuhan (pokok), Crescentia cujete. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bu] | تابو

Definisi : sesuatu yg dilarang (dr segi agama atau adat); pantang larang. menabukan menganggap sesuatu sbg tabu: Perlakuan itu ditabukan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tabu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan betul bagi tabu @ taboo? Berikan definasi perkataan tersebut serta contoh tabu @ taboo dalam masyarakat Melayu? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah tabu. Tabu bermaksud sesuatu yang dilarang, pantang larang. Contoh: anak dara menyanyi di dapur, duduk atas bantal. Lain-lain23.10.2008
1. Apakah beza antara tabu dan eufemisme? 2. Ciri-ciri tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 3. Fungsi tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 4. 10 contoh tabu dan eufemisme dalam konteks masyarakat hari ini. Terima kasih.

Tabu: 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?

Eufemisme: (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing.

Untuk persoalan lanjut mengenai kajian kedua-dua kata ini sila rujuk artikel, buku atau majalah yang berkaitan. 

Tiada entri dijumpai

Cadangan dari Kamus BI-BM:

euphemism
eulogise
defense
eugenics
defensive
elegise
euphemistic
extremism
feudalism
peacetime
surmise
uterine
utilise
edgewise
eulogist
eulogize
lifetime
defeatism
defective
effective

eufemismekata nama

    euphemism

euphemism(Inggeris-Melayu)

    eufemisme

    Huraian:

    Ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. (SAS)

    Bidang:

    DIDIK, SAS, PUISI

    Istilah lama:

    kias halus, ungkapan halus

 

 

Lain-lain20.07.2009
bagaimana bahasa tabu wujud dan dipraktikkan dalam masyarakat? Tabu ialah sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb. Bahasa ini wujud kemungkinan besar disebabkan oleh gejala sosial yg wujud pada hari ini. Misalnya, budaya sesuatu negeri yg diambil oleh negeri lain dalam perbualan walaupun pada asalnya untuk negeri tersebut, tetapi telah disalahertikan oleh komuniti sosial masyarakat negeri lain. Ini ditambah pula dengan masalah bahasa slanga yg kadangkala terdapat ungkapan tabu di dalamnya yg dipraktikkan oleh sebilangan masyarakat lain. Proses integrasi sosial antara penyebab kepada wujudnya bahasa tabu tersebut. T.kasih.Lain-lain21.08.2008
saya merasa kesulitan tentang beberapa perkara yang tabu di malaysia, sedangkan di indonesia tidak tabu...seperti butuh...bisakah tuan memberi contoh dan asal katanya...t`maksihPerkataan-perkataan yang mempunyai makna atau konotasi buruk dan negatif dalam masyarakat Malaysia tidak boleh digunakan walaupun perkataan tersebut mempunyai makna yang sebaliknya di negara asal. Langkah-langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia yang kaya dengan tatasusila dengan menjunjung agama Islam sebagai agama yang suci.Tatabahasa25.07.2010
Ramai yang membuat kajian mengenai eufemisme, bagaimana pula dengan kajian disfemisme (dysphemism)? Adakah disfemisme berbeza dengan tabu bahasa? Apakah bidang yang paling tepat untuk dikaitkan dengan konsep disfemisme, adakad konsep kesantunan bahasa atau konsep kesopanan bahasa? Boleh cadangkan sumber rujukan yang sesuai untuk kajian bidang disfemisme ini?Tidak ada maklumat tentang persamaan atau perbezaan antara disfemisme dengan tabu dalam bahasa. Berkemungkinan ada persamaan antara kedua-dua faktor tersebut. Apabila menyentuh aspek santun berbahasa juga pasti ada melibatkan kedua-dua factor tersebut. Soalan berbentuk kajian seumpama ini tidak dapat dihuraikan dalam ruangan yang terhad, sementelahan pula ia memerlukan bacaan yang banyak dan penelitian yang rapi. Sila rujuk buku yang berkaitan dan dalam data kami ada satu artikel sahaja yang ditulis mengenai disfemisme, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=disfemisme&d=3 dan beberapa artikel tentang tabu di tabu&d=3">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tabu&d=3.Lain-lain06.02.2014
boleh berikan perbezaan di antara bahasa tabu dan bahasa eufemisme? kalau boleh beserta contohnye sekali. terima kasihBahasa Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar. Secara tidak langsung ungkapan ini menggambarkan ketinggian budi pekerti penuturnya dalam pertuturan harian, contohnya Ali meminta diri untuk keluar membuang air kecil. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yang) terlarang, (yang) diharamkan atau ditegah daripada dipercakapkan.Makna13.02.2013
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008
Adakah perkataan "berzina" tabu dalam konteks umum?

Perkataan berzina terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan dalam konteks yang bertepatan dengan maksudnya.

Lain-lain19.04.2011
bincangkan slah satu adat resam dan tabu masyarakat melayu dahulu dan kini

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut:

Adat resam dan adat istiadat MelayuAlwi Sheikh Al-Hadi, SyedDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1986390.09595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat MelayuSyed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960390.09595 AlwTerperinci
Adat Resam dan Adat Istiadat MelayuSyed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1978301.29595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat MelayuSyed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1980390.9595 AlwTerperinci
Adat resam Melayu dan adat istiadatSyed Alwi Sheikh al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960NA 301.09595 SyeTerperinci
Asal Usul Adat Resam MelayuH.M. SidinPenerbitan Pustaka Antara1964301.539 SidTerperinci

Lain-lain03.05.2008
teori apakan yang dapat digunakan untuk megkaji tabu dan eufisme

Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mengetahui maksudnya dengan lebih lanjut.

 

Lain-lain09.10.2010
12

Kembali ke atas