Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tabuh (kata nama)
Bersinonim dengan gendang raya, nobat, lengkara, nekara, beduk, geduk;,
Kata Terbitan : menabuh, penabuh,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tabuhtabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu ada orang yg meninggal; akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk ~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll; masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat, mulut orang bagai­­mana menyumbatnya prb jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya; menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll); tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu; penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tabuh1 gendang besar yg dipalu utk tujuan tertentu; gendang raya; beduk. 2 bunyi beduk utk memberi isyarat: ~ panjang itu memberitahukan khabar bahawa ada orang yg meninggal. menabuh memalu atau memukul tabuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tabuh 1 gendang besar yg dipalu utk tujuan tertentu; gendang raya; beduk.Kamus Pelajar
menabuh1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
tabal1. sj beduk atau tabuh yg dipalu ketika raja dinobatkan, nobat; 2. majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja: setelah sudah ~ maka menteri hulu­balang sekaliannya menjunjung duli; bertabal = naik ~ naik takhta kerajaan: orang besar-besar menjunjung duli pd hari ~; menabalkan 1. merasmikan (mengumum­kan) menjadi raja, menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan: maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu; pertabalan perihal bertabal; penabalan perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah sekalian menteri dan rak­yat menyediakan pancapersada dan ber­bagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
penabuh1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
memukul1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalah­kan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (meng­alahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sam­pai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak di­kerjakan pun berbahaya);Kamus Dewan Edisi Keempat
palu1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi; berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya; berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang); berpalu-paluan berpukul-pukulan; berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya; memalu memukul: ~ gendang raya besar; paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk me­malu: ~ beduk.Kamus Dewan Edisi Keempat
lekuk1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan, dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup (bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh; ~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan selekoh (jalan); b) berbagai­-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~ mata rongga (lubang) tempat biji mata; berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta; melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata; melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk; lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk; pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan; pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekuk­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
gendang I1. sj alat muzik drpd kayu bulat panjang yg berongga dan direntang dgn kulit (pd hujung pangkalnya); ~ nobat gendang yg dipakai utk nobat; ~ perang gendang yg digunakan semasa berperang; juru~ orang yg memukul gendang; 2. langgam (pukulan) gendang sbg isyarat, cara memukul gendang; ~ arak-arakan cara memukul gendang sewaktu berarak; ~ berangkat gendang yg menyatakan raja berangkat; ~ keling = ~ merdangga gendang yg disandang pd leher dan dipukul dgn kayu; ~ kembali gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan raja kembali; ~ melela = ~ serama gendang yg sebelah dipukul dgn kayu, dan yg sebelah lagi dipukul dgn tangan; ~ pendengar Id selaput telinga yg menerima suara; ~ perhentian = ~ galanjur gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan orang harus berhenti; ~ raya Kd beduk (tabuh); bagaimana bunyi ~, begitulah tarinya prb patuh pd segala perintah; situ juga ~ berbunyi prb sentiasa sama sahaja (tidak berubah); gendang-gendang, gendangan sj selaput, kulit ari; bergendang memukul gendang; ~ paha bersuka-suka kerana penderitaan orang lain; ~ deras prb berkuasa (bermaharajalela); bak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh prb keuntungan yg diterima secara berlebih-lebihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas