Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tad.bir] | تدبير

Definisi : urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas mengurus­kan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg em-punya ~ di dlm negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggung­jawabkan kpd Lembaga Pengarah;mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahu­an asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah ne­geri bergantung pd keadaan pegawai-pega­wai yg ~ kerajaan negeri itu; tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia; pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; pentadbir orang yg mentadbirkan, penge­lola, pengurus, pemerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tad.bir] | تدبير

Definisi : kerja-kerja mengurus dan me­ngawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan se­sebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran per­buatan, hal dll mentadbir atau men­­tadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL MAJID ZAINUDDIN

ABDUL MAJID ZAINUDDIN (1887-1943), pegawai tadbir dan penulis. Dia lahir pada 20 Mac 1887 di sebuah kampung Melayu di Pudu, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KETUA ANAK NEGERIKETUA ANAK NEGERI, pegawai tadbir rendah dalam pentadbiran tempatan negeri Sabah yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal adat di daerahnya. Sejak dahulu lagi, ketua anak negeri memakai gelaran tradisional, iaitu Orang Kaya-kayaBUDAYAKonsep
PERSATUAN MELAYU PAHANG

PERSATUAN MELAYU PAHANG, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Mac 1938 di Kuala Lipis, Pahang.  Ia ditubuhkan sebaik-baik sahaja, berita penubuhan Persatuan Melayu Perak diumumkan di akhbar.  Para pemimpinnya terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai tadbir negeri.  Presidennya ialah Tengku Muhamad bin Sultan Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.  Manakala naib presidennya ialah Dato’ Husin bin Muhammad Taib, Orang Besar Empat Pahang.  Penaung persatuan ini ialah Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PAWANG ANA

PAWANG ANA ( ? -? ), penglipur lara Melayu pada abad ke-19.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Pawang Ana berasal dari Perak.  Dia ialah bapa mentua Mir Hassan, juga seorang penglipur lara.  Cerita-cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana dikumpul pada akhir abad ke-19 oleh R.O. Winstedt, seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu.  Usaha pencatatan cerita-cerita ini dilakukan oleh Raja Haji Yahya dari Cendering, Perak.  Antara cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana termasuklah Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.

SASTERATokoh
TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN

TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN (1922 -    ), Yang di-Pertuan Agong ke-10 (1994 -       ). Baginda diputerakan pada 19 Julai 1922 di Kelang, Selangor. Ketika itu ayahandanya bertugas sebagai pegawai tadbir di Kelang. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga tahun 1933. kemudian baginda melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak hingga tahun 1941. semasa belajar di maktab ini, baginda dilantik sebagai pengawas, di samping mengetuai pasukan sukan sekolah. Tuanku Jaafar kemudian melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Singapura. Bagaimanapun pengajian baginda tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN
 
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan.
SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas