Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tad.bir] | تدبير

Definisi : urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas mengurus­kan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg em-punya ~ di dlm negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggung­jawabkan kpd Lembaga Pengarah;mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahu­an asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah ne­geri bergantung pd keadaan pegawai-pega­wai yg ~ kerajaan negeri itu; tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia; pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; pentadbir orang yg mentadbirkan, penge­lola, pengurus, pemerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tad.bir] | تدبير

Definisi : kerja-kerja mengurus dan me­ngawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan se­sebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran per­buatan, hal dll mentadbir atau men­­tadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
administrative behaviourperilaku/tingkah laku administrasitingkah laku pentadbiranperlakuan tadbir/tingkah laku tadbirSains Politik
policykebijakanpolisi/ dasar (tadbir)polisi/ dasar (tadbir)Sains Politik
public governancetata kelola pemerintahan publik/kepemerintahan publiktadbir urus awamtadbir urus awamSains Politik
Malaysian Administrative and Diplomatic ServicexxxPerkhidmatan Tadbir dan Diplomatik MalaysiaPerkhidmatan Tadbir dan Diplomatik MalaysiaSains Politik
private governancetataurus/tatakelola pemerintahan privat/swastapemerintahan swastatadbir urus persendirianSains Politik
enviromental governanceTiadakepemerintahan persekitarantadbir urus persekitaranSains Politik
corporate governancekepemerintahan korporat/tata kelola kepemerintahan korporatkepemerintahan korporattadbir urus korporatSains Politik
good governancetata kelola pemerintahan yang baikpemerintahan yang baiktadbir urus baikSains Politik
global governancekepemerintahan globalkepemerintahan seduniatadbir urus globalSains Politik
local governancetata kelola pemerintahan lokal; kepemerintahan daerahkepemerintahan tempatanurus tadbir tempatanSains Politik
123

Kembali ke atas