Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selain itu, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata seru "Amboi" dan "Wah". Apakah jawapan yang betul untuk soalan di bawah dengan dua pilihan kata seru tadi? 1.___________, cantik sungguh awak hari ini! 2.___________, buruknya kereta Cikgu Chong! 3.___________, besarnya rumah kamu! 4.___________, kasihan betul adik yang demam! Apakah perbezaannya antara kedua-dua kata seru ini dari segi penggunaannya?Salam sejahtera,

Tuan,

"Wah" dan " Amboi" merupakan kata seruan yang digunakan dalam ayat seruan. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Dalam konteks ayat yang diberi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kecuali ayat nombor 2 dan nombor 4. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa10.07.2018
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan.
Tatabahasa16.08.2013
betulkah penggunaan kata hingga dan ke serentak satu kelewahan? Ayat contoh: 1 Ayah membanting tulang dari pagi hingga ke petang. ATAU Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Begitu juga dengan sejak dan dari. Contoh: Ibu menunggu ayah sejak tadi ATAU Ibu mengunggu ayah sejak tadi / dari tadi.1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama "hingga" tidak boleh berdampingan dengan kata sendi nama "ke". Oleh itu, penggunaan hingga ke secara berturutan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis atau berbentuk lewah.
2. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut secara berurutan mengandungi unsur lewah dan penggunaan salah satu daripada perkataan tersebut adalah yang gramatis.
Tatabahasa06.04.2012
Salam Tlg sahkan ayat ini mana satu yang betul: 1. Berita itu disampaikan petang tadi. 2. Berita itu telah disampaikan petang tadi. Terima kasih.Ayat yang betul ialah  Berita itu telah disampaikan pada petang tadiTatabahasa23.08.2021
Salam sejahtera tuan. Soalan 1 Ayat Majmuk: Orang yang datang ke rumah itu tadi tidak saya kenali. Ayat tunggal 1: Orang itu datang ke rumah tadi. Ayat tunggal 1: Orang itu tidak saya kenali. Adakah ayat tunggal di atas betul? Soalan 2 Adakah walaupun...tetapi/namun boleh wujud dalam satu ayat? Saya mendapati ada dua penjelasan yang berbeza daripada laman web DBP. Ada jawaban yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Sekian, terima kasih.
  1. Ayat tunggal yang diberikan adalah betul.
  2. Kata hubung “walaupun…tetapi” boleh digunakan dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, kata hubung “walaupun…namun” tidak gramatis jika digunakan dalam satu ayat. Kata hubung “walaupun” dan “namun” merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung “tetapi” pula merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 252 dan 517.

Tatabahasa03.03.2022
S alam sejahtera tuan. Soalan 1 Ayat Majmuk: Orang yang datang ke rumah itu tadi tidak saya kenali. Ayat tunggal 1: Orang itu datang ke rumah tadi. Ayat tunggal 1: Orang itu tidak saya kenali. Adakah ayat tunggal di atas betul? Soalan 2 Adakah walaupun...tetapi/namun boleh wujud dalam satu ayat? Saya mendapati ada dua penjelasan yang berbeza daripada laman web DBP. Ada jawaban yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Sekian, terima kasih.
  1. Ayat tunggal yang diberikan adalah betul.
  2. Kata hubung “walaupun…tetapi” boleh digunakan dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, kata hubung “walaupun…namun” tidak gramatis jika digunakan dalam satu ayat. Kata hubung “walaupun” dan “namun” merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung “tetapi” pula merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 252 dan 517.
Tatabahasa07.03.2022
Salam tuan. Antara ayat (i) dan (ii), yang manakah gramatis? Soalan 1 (i) Saya pergi ke sana pagi tadi? ATAU (ii) Saya pergi ke sana pada waktu pagi tadi? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saya pergi ke sana pagi tadi.”Tatabahasa17.03.2023
Assalamu'alaikum. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? 1) Dia tidak di situ. 2) Perempuan itu adalah cantik. 3) Pelajar sekolah rendah dengan siapa saya berbicara tadi adalah sangat cerdas. 4) Orang yang memukul Ali pagi tadi adalah bukan lagi di kawasan ini. 5) penjenayah bersiri golongan Rohingya itu ialah bukan seorang pendeta. 6) Buku yang dibeli oleh ayah itu tidak untuk kamu. Terima kasihAyat yang gramatis ialah:
1) Dia tidak berada di situ.
2) Perempuan itu cantik.
3) Pelajar sekolah rendah yang saya berbicara dengannya tadi sangat cerdas.
4) Orang yang memukul Ali pagi tadi, tidak lagi tinggal di kawasan ini.
5) Penjenayah bersiri golongan Rohingya itu bukan seorang pendeta.
6) Buku yang dibeli oleh ayah itu bukan untuk kamu.
Tatabahasa10.06.2015
Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih.Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadiTatabahasa17.07.2011
Salam 1 Malaysia 1. Perkara itu berlaku adalah disebabkan oleh salah faham antara mereka. 2. Berbagai-bagai spesies rama-rama dapat dilihat di taman itu. 3. Saya memerhatikan tingkah lakunya daripada tadi. Betulkah ketiga-tiga ayat di atas tuan. Terima kasih banyak-banyak...Ayat pertama tidak perlu perkataan "adalah" sebelum perkataan "disebabkan".  Perkara itu berlaku disebabkan oleh.... sudah mencukupi.

Ayat 2 dan ayat 3 adalah betul.
Lain-lain21.08.2014
12345678

Kembali ke atas