Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM PERPULUHAN

Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis

nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti

yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh

ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya

menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4,

5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini

bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu

nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai

yang sama sekali berbeza dalam nombor 832

berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan

yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh

sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya

dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan

tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai.

UMUM 
PURATA DOW JONES

Purata Dow Jones merupakan statistik yang

menunjukkan aliran harga saham dan bon di

Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham

pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham

New York . Dow Jones & Company, sebuah firma

penerbitan kewangan, mengira purata taksiran

setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap-

tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata

harga saham biasa daripada 30 firma industri,

(2) purata saham biasa daripada 20 syarikat

pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15

syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang

membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi.

Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini.

UMUM 
CERITA FANTASTIK

CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan – yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous – di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural  tadi.

1">     

SASTERAKonsep

Kembali ke atas