Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
magnification factorfaktor pembesaranMekanikGunaanNisbah jerayun getaran keadaan mantap terhadap pesongan statik yang disebabkan oleh jerayun daya pengganggu, bagi getaran sistem pegas linear-dan jisim di bawah tindakan gangguan daya yang berkenaan. Jerayun getaran yang berkenaan biasanya ditulis sebagai xo., daya pengganggu itu pula biasanya ditulis F=Fo sin ωt, dengan Fo sebagai jerayun daya itu, ω sebagai frekuensi pemaksa baginya dan t ialah masa. Pesongan statik yang berkenaan ialah δo = Fo/k, dengan k sebagai kekakuan pegas dalam sistem tersebut. Untuk getaran tak terendam, nilai faktor pembesaran diberikan oleh ungkapan, Xo = 1 δo 1 - (ω/p)2 dengan p sebagai frekuensi tabii sistem pegas-dan-jisim tadi. Maka dalam kes getaran tak teredam ini, faktor pembesaran menjadi tak terhingga jika frekuensi pemaksa ω sama dengan frekuensi tabii sistem itu, iaitu p. Keadaan yang sedemikian itu dinamai salunan. Jika sistem yang berkenaan mengalami peredaman, nilai faktor pembesaran diberikan oleh ungkapan yang lain, namun demikian, nilainya tetap besar, walalupun terhingga, apabila nilai ω menghampiri nilai p. (Perhatikan bahawa perihalan untuk faktor pembesaran yang dinyatakan di atas adalah benar juga untuk gangguan yang berpunca daripada gerakan tapak penyokong δ yang berbentuk δ = δ sin ωt). Lihat juga salunan.
Koch postulatepostulat KochBiologiPatologiPostulat yang diberi nama, berdasarkan nama seorang ahli sains Jerman pada tahun 1883, iaitu Koch, yang menyarankan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kepatogenan sesuatu organisma, iaitu: 1. Organisma yang diduga sebagai penyebab penyakit mestilah sentiasa berada pada kawasan yang menunjukkan gejala penyakit. 2. Organisma tersebut boleh dipencil dan ditumbuhkan sebagai kultur tulen di dalam medium buatan. 3. Apabila organisma tersebut diinokulasi pada perumah sihat maka ia boleh menyebabkan gejala yang serupa dengan gejala tempat organisma tersebut dipencilkan sebelumnya. 4. Organisma yang sama, boleh dipencilkan semula daripada bahagian yang sakit, hasil inokulasi buatan tadi. Bahagian yang ke-4 ini telah ditambah oleh E.F.Smith pada tahun 1905.

Kembali ke atas