disalah tafsir atau disalahtafsirkan? boleh berikan penjelasannya juga? terima kasih | Salah tafsir ialah kata majmuk dan perlu ditulis berasingan. Sekiranya ditambah imbuhan "di" hadapan sahaja, kata majmuk ini tetap dieja sebagai dua perkataan, iaitu disalah tafsir. Kata majmuk akan dieja bercantum sekiranya ditambah imbuhan di hadapan dan di belakang. Contohnya: disalahtafsirkan, mencampuradukkan dan diurusniagakan. | Ejaan | 03.05.2013 |
Ingin tahu tafsir perkataan yang betul" Production" yang digunakan dalam penghasilan audio video. Apabila saya membuat semakan "Produksi" (Bahasa indonesia) Cth: Produksi, pra-produksi, pasca produksi Jika diguna perkataan "Penerbitan" pula sering dikaitkan dengan pencetakan atau "Publication". Adakah perkataan Produksi Audio Video diterima pakai dalam Bahasa Malaysia yang betul? | Terjemahan pelbagai istilah production ke dalam bahasa Melayu ialah penerbitan, pengeluaran dan penyiaran mengikut konteks penggunaannya. Bidang Komunikasi Massa menerima pakai istilah penerbitan, manakala bidang Teknologi Maklumat menerima pakai istilah pengeluaran dan penyiaran. Berdasarkan konteks penggunaan istilah tersebut, padanan yang sesuai ialah production - penerbitan/pengeluaran, preproduction - prapenerbitan, postproduction - pascapenerbitan. Dalam Daftar Istilah MABBIM perkataan produksi digunakan di Indonesia tetapi Malaysia dan Brunei tidak menerima pakai istilah tersebut. | Istilah | 27.03.2012 |
Assalamualaikum wbt Tuan, a) Apakah status izin terbit n bilakah penerbitan semula Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP? b) Bolehkah saya pinjam Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP, dari pihak DBP, bagaimana caranya? c) Adakah masih diterbitkan Tafsir Mubin dan adakah boleh dibeli dari pihak DBP? d) Bolehkah pihak DBP berkongsi atau dibelu salinan digital Tafsir Mubin dan Fiqh & Perundangan Islam, memandangkan tiada lagi di pasaran Sekian, terima kasih, shahar | Salam tuan, Buku Fiqh dan Perundangan Islam, Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku terjemahan karya Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam. Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan. Buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam yang diterbitkan oleh DBP ada ditempatkan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Oleh itu, tuan boleh menghubungi Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khai melalui nombor telefon 03- atau e-mel linda@dbp.gov.my untuk urusan selanjutnya. Urusan pembelian buku Tafsir Mubin boleh dilakukan di Kedai Buku DBP Hulu Kelang atau melalui portal DBPNiaga.my sekiranya masih ada stok.Tuan boleh berhubung dengan Encik Muhammad Rasul bin Abd Manan melalui nombor telefon 03-4100 0000 atau e-mel rasul@dbp.gov.my.bagi tujuan tersebut. Untuk makluman tuan, buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam dan Tafsir Mubin tidak diterbitkan dalam bentuk digital. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 02.10.2021 |
Apakah huruf t dalam tafsir gugur apabila diimbuhkan dengan awalan me? Terima kasih | Tidak digugurkan huruf t dalam ejaan mentafsirkan kerana perkataan tersebut dikira sebagai perkataan asing, (bahasa arab). | Ejaan | 20.11.2006 |
bolehkah pihak DBP menyemak yang mana satu merupakan ejaan betul? 1) Menafsir/mentafsir 2) nanas/nenas(sbb nenas pun ada di kamus juga) Terima kasih DBP | 1. Kata terbitan yang betul ialah mentafsir. Tafsir ialah perkataan Arab sama seperti terjemah (menterjemah) dan kata terbitan daripada tafsir tidak mengikut rumus pembentukan kata bahasa Melayu. 2. Ejaan yang betul ialah nanas. Entri nenas ada dalam Kamus DBP, dan diberi tanda anak panah kepada perkataan di hadapannya, iaitu nanas. Ini bermakna pembaca perlu merujuk perkataan di hadapannya. | Ejaan | 10.04.2022 |
Dimana saya boleh mencari Kitab iapah Tafsir Mubin karangan Salahuddin Abdullah | Salam tuan budiman, Kitab tersebut boleh di beli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP, setak ini, kitab tersebut masih ada lagi stok. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih | Lain-lain | 05.11.2019 |
Apa "declension" dalam bahasa Melayu? Deklensi atau tafsir (nama)? | Padanan bahasa Melayu bagi declension ialah deklensi dan tasrif nama. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2014 |
Tuan/Puan Saya ingin tahu mana ayat yang betul samada: kelas tafsir Al Quran atau kelas tafsiran Al Quran. TK | Kelas tafsiran al-Quran. (Ejaan yang betul ialah al-Quran) | Lain-lain | 11.11.2015 |
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor)”. Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; “… tidak akan menjadi najis”. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih. | Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Interpretivisme atau interpretisme? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah interpretivism ialah faham tafsir. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.07.2023 |