Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taf.si.ran] | تفسيرن

Definisi : 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.si.ran] | تفسيرن

Definisi : keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.si.ran] | تفسيرن

Definisi : penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tafsiran untuk perkataan TRAK TUNDATrak Tunda ialah sejenis trak / lori yang digunakan untuk menunda kenderaan lain sama ada kenderaan tersebut dibawa di atas trak  atau ditarik.Makna05.02.2020
tafsiran yang paling tepat bagi "combat-survival"Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus perkataan combat-survival. Walau bagaimanapun, cadangan perkataan yang boleh digunakan ialah kemandirian tempur . Kemandirian bermaksud perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri.Penyemakan dan penterjemahan21.05.2019
tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasanMaksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan.  Istilah27.09.2018
mohon pencerahan berkenaan dengan pengunaan tafsiran dan takrifan dalam penggunaan sesuatu ayat? bagaimana pula dengan refinition dan interpretation?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud interpretation ialah tafsiran atau pentafsiran. Manakala istilah refinition masih belum ada dalam pangkalan data kami. Maksud tafsiran menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah tafsiran bermaksud penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dan lain-lain. Contoh ayat ialah "Berbagai-bagai tafsiran telah diberikan ter­hadap kenyataan tersebut" manakala takrifan pula maksudnya sama dengan definisi. Bagi maksud definisi ialah kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, takrif dan lain-lain.Makna14.11.2018
selamat pagi dan slam sejahtera. hari ini saya penjelasan berkenaan dengan kata ini "sHal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa" adakah perkataan ini sesuai atau tidak jika ikut contoh ayat ini. "Hal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa."Ayat yang diberikan kurang gramatis dan sukar difahami maksudnya. Ayat yang boleh digunakan ialah "Setelah teks diterjemah, tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks tersebut diberi tafsiran sedemikian."Penyemakan dan penterjemahan07.06.2016
Apa tafsiran yang sesuai digunakan bagi perkataan Malaysian Electronic Navigation Chart?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Malaysian Electronic Navigation Chart ialah Carta Pandu Arah Elektronik Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan03.11.2022
Apakah tafsiran yang tepat bagi istilah "Mixed seeds" dalam bahasa melayu? Adakah ia "campuran biji-bijian" atau "campuran biji" ? Seeds yang dimaksudkan ialah seperti biji bunga matahari (sunflower seeds) dan biji labu (pumpkin seeds). Mohon pencerahan. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mixed seeds ialah bijian campuran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.08.2023
APAKAH TAFSIRAN CONTRUCTIONISM DALAM BAHASA MELAYU.Kami pernah mencadangkan perkataan constructionism diterjemahkan kepada  teori/faham/aliran pembinaan (ilmu).  Penyemakan dan penterjemahan20.05.2014
Apakah tafsiran yang tepat 'Pekeliling Perkhidmatan'.Pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Pekeliling perkhidmatan sama dengan Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling.Tatabahasa15.04.2013
Apakah tafsiran tentang golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu?Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria morfem,kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras fdengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa dan ayat. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, bab 5, halaman 81.   Tatabahasa22.09.2008
123456

Kembali ke atas