Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.haj.jud] | تهجد

Definisi : Ar; sembahyang ~ sj sembahyang sunat yg dilakukan pd tengah malam, sebaik-baiknya selepas tidur;bertahajud melakukan sembahyang tahajud: dia perlu tidur awal utk kelak bangun ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.haj.jud] | تهجد

Definisi : ; sembahyang ~ sembahyang sunat pd waktu tengah malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahajud


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih.1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh.

2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu.

3) Dia menunaikan solat sunat tahajud

4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu.

5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa08.12.2020

Kembali ke atas